Sinopis Dapatkah AUTAA, geng Pemburu Mistik terus menipu penduduk kampung dengan teknologi mereka untuk menghalau hantu ataupun mereka te...
Sinopsis
Hani, seorang pelukis junior, komik manga di Jepun pulang bercuti ke tanah air Malaysia tetapi hatinya tidak tenang teringat akan tugasan baru mengenai sebuah patung sumpahan yang dikenali sebagai Patung Ishikaori yang diberikan majikannya untuk komik manga keluaran akan datang mendapati dirinya terperangkap diantara dunia realiti dan fantasi.
Hani
Tarikh Tayangan: 15 Disember 2022
Penulis Skrip: Rohaya Halid
Pengarah: Fazli Yasin
Produksi: Lil Studio Sdn Bhd
Pelakon: Shasha Abedul, Cat Farish, Nor Albaniah, Qul Iskandar Farish, Sharifah Shahora, Sofi Manan, Jufry Naim, Yuichiro Kinjo, Yoshiko Tsuchiya
Sinopsis Hani, seorang pelukis junior, komik manga di Jepun pulang bercuti ke tanah air Malaysia tetapi hatinya tidak tenang teringat aka...
Sinopsis
Mengisahkan Aira yang sanggup ke Wales untuk membawa tunangnya, Darwish kembali ke Malaysia. Aira menyangka yang Darwish memutuskan pertunangan mereka kerana ada masalah di Wales namun semuanya terungkap yang Darwish memutuskan hubungan kerana perempuan lain, Marissa. Aira bertemu Mat Kelantan, Jaka yang bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah cafe. Jaka setuju untuk membantu Aira mendapatkan cinta Aira kembali.
Autumn In Wales
Tarikh Tayangan: 24 Mac 2022
Rangkaian: Astro First 480
Pengarah: Rahila Ali
Produksi: Pencil Pictures & Records Sdn Bhd
Pelakon: Eyka Farhana, Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Aznan, Amirul Haswendy, Fara Mendoza, Wanns Ahmad, Sissy Imann
Watak Pelakon
Eyka Farhana sebagai Aira
Jaa Suzuran sebagai Jaka
Keith Foo sebagai Darwish
Wanna Ali sebagai Marissa
Sissy Imann sebagai Mira
Lagu Tema (OST)
Wanna Ali - Pandu Lalu
Sinopsis Mengisahkan Aira yang sanggup ke Wales untuk membawa tunangnya, Darwish kembali ke Malaysia. Aira menyangka yang Darwish memutus...
Sinopsis
Pada tahun 1907, seorang guru dari Pulau Pinang, Che Aminah datang ke Kedah. Che Aminah dikritik dan dianggap terlalu kebaratan oleh penduduk kampung apabila cuba meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah dan diberikan pendidikan. Pada mulanya, hanya 5 orang gadis yang hadir ke sekolah Jawi & Al-Quran, keazamannya untuk melihat lebih ramai pelajar mendaftar ke sekolah tersebut. Dia telah mencipta sejarah sebagai guru pertama di sekolah perempuan.
Renjana
Tarikh Tayangan: 17 Mac 2022
Rangkaian: Astro First saluran 480
Skrip: Adza Emie
Pengarah: Mohd Fazli Yahya
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Pelakon: Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed, Sefik Khair, Emma Latah, Kamal Bakar, Ainin Batrisya
Sinopsis Pada tahun 1907, seorang guru dari Pulau Pinang, Che Aminah datang ke Kedah. Che Aminah dikritik dan dianggap terlalu kebaratan o...
Sinopsis
Hazim (Syazani Zikri) merupakan seorang penghantar barang. Lelaki yang pendiam, hanya bersuara bila perlu dan memiliki sepasang mata yang terluka.
Hazim duduk berjiran dengan Ayang (Sara Mack Lubis), gadis yang memiliki personaliti yang sangat berlawanan iaitu suka marah, bermulut lancang dan sangat mementingkan materi walaupun dia hanyalah bekerja sambilan untuk seorang selebriti media sosial.
Hazim dan Ayang disoal siasat oleh seorang pegawai mengenai kes pembunuhan ibu Ayang. Mereka memberi keterangan bertentangan dalam penyiasatan pembunuhan. Siapa antara mereka berdua yang mengatakan yang sebenarnya?
Kabus
Genre: Psychological Thriller
Tarikh Tayangan: 12 Februari 2022
Skrip: Ellina Abdul Majid
Rangkaian: Astro First 480
Pengarah: Feisal Azizuddin
Produksi: Feisk Productions
Pelakon: Syazani Zikry, Sara Mack Lubis, Tony Eusoff
Sinopsis Hazim (Syazani Zikri) merupakan seorang penghantar barang. Lelaki yang pendiam, hanya bersuara bila perlu dan memiliki sepasang m...
Sinopsis
Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.
Kampong Pisang Berbuah Dua Kali
Genre: Komedi, Seram
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2022
Rangkaian: Astro First saluran 480
Skrip: Mamat Khalid
Pengarah: Amen Khalid
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan: Enjit-Enjit Semut Sdn Bhd
Watak Pelakon
Kazar Saisi sebagai Pak Din
Bell Ngasri sebagai Barkoba
Aziz M Osman sebagai Pak Jabit
Mat London sebagai Pak Karim
Dewa Sapri sebagai Cik Purnama
Azman Mantra sebagai Cik Gerhana
Datin Paduka Eina Azman sebagai Cik Mek
Anis Nisham sebagai Yati
Ahmad Yassin sebagai Yassin
Wong Wei Tian sebagai Teck Zee
Rasydan Zakaria sebagai Adan
Nizam Mok Ram sebagai MA Mok
Hafiz Aziz sebagai Mirlun
Joey Daud sebagai Daud M
Yeop Hitler sebagai Manap Sengau
Rashid Othman sebagai Faguha Jabar
Dollah Cantik sebagai Yaakob Kangkong
Sinopsis Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut b...
Sinopsis
Menceritakan tentang Zafik (Iedil Dzuhrie) lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang bukan dilakukannya.
Selepas hilang segala-galanya, Zafik kemudiannya bertemu dengan Feroz (Hairul Azreen) yang sering muncul pada waktu tepat.
Sepanjang perkenalan mereka berdua, berlaku pelbagai konflik dan pertarungan hebat sehingga ada pertumpahan darah.
Adakah Zafik berjaya merungkai motif sebenar Feroz?
The Assistant
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 19 Mei 2022
Pengarah: Adrian Teh
Produksi: Act 2 Picture
Watak Pelakon
Hairul Azreen sebagai Feroz
Iedil Dzuhrie sebagai Zafik
Henley Hii sebagai Sam
Farali Khan sebagai Sofia
Sinopsis Menceritakan tentang Zafik (Iedil Dzuhrie) lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang bukan dilakukanny...
Sinopsis
Berkisarkan tentang seorang ibu tunggal yang cuba memberikan kesenangan dan keselamatan untuk anak perempuannya.
Di sebalik cabaran yang mereka hadapi dalam hidup, Maya berazam untuk memberikan yang terbaik untuk anak perempuannya dan terus mencari rumah untuk diri mereka sendiri.
Pencarian membawa mereka ke rumah teres lot tengah di bawah harga pasaran yang mereka beli tanpa berfikir panjang dan seramnya bermula.
RUMAH
Tarikh Tayangan: 24 Februari 2022
Penulis Skrip: Ayez
Pengarah: Kay
Produksi: Mojo Projects Sdn Bhd
Pelakon: Erra Fazira, Puteri Balqis, Mak Jah, Sofea Shaheera, Asward Naslim, Shyrim, Riki Rikando, Iswadi, Mohd Afifi, Gusion Lal, Mashanum, Mell Adnan
Sinopsis Berkisarkan tentang seorang ibu tunggal yang cuba memberikan kesenangan dan keselamatan untuk anak perempuannya. Di sebalik caba...
Sinopsis
Kisah Zack, seorang bapa yang kembali dari penjara, ingin memulakan hidup baru bersama anak perempuannya, Nisa. Hasratnya untuk tidak mencuri lagi terganggu apabila anaknya dimasukkan ke dalam hospital dan memerlukan duit rawatan yang besar.
Tiga mafia Peter Lim, Jaafar dan Sara Bhai merancang untuk melabur RM15 juta dalam perjudian Piala Dunia. Dengan harapan untuk membayar kos rawatan anaknya, Zack menerima tawaran daripada Malik yang berniat untuk mencuri wang tersebut. Selepas rompakan itu, Malik menyembunyikan wang tunai di sebuah kilang terbiar yang membawa mereka berdepan dengan jin yang sudah lama tidak diganggu.
Jeritan Jin
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2022
Rangkaian: Astro First 480
Penulis Skrip: Epi Kodiang
Pengarah: Roy WCC Fdam
Produksi: Redfiress Film Production
Pelakon: Riz Azmin, Along Eyzendy, Azlan Komeng, Dato Jalaludin Hassan, Arin Raja Lawak, Kenji Sawahii, Ruminah Sidek, Shira, Pak Ya Sepatu, Kak Girl
Watak Pelakon
Riz Azmin sebagai Zack
Along Eyzendy sebagai Along
Azlan Komeng sebagai Malik
Dato Jalaludin Hassan sebagai Jaafar
Arin Raja Lawak sebagai Haron
Sinopsis Kisah Zack, seorang bapa yang kembali dari penjara, ingin memulakan hidup baru bersama anak perempuannya, Nisa. Hasratnya untuk ...
Sinopsis
Mengisahkan sekumpulan ‘scammer’ yang dikenali sebagai 'engkau scam' amat dikehendaki pihak berkuasa. Mereka cuba melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah hutan.
Dalam tempoh persembunyian, mereka sering diganggu oleh entiti misteri dan suara ketawa yang tidak henti-henti sehinggakan mereka sendiri seakan-akan dirasuk oleh hantu ketawa. Akibatnya, mereka akan ketawa tanpa henti tanpa sebab.
Hantu Kuat Ketawa
Genre: Komedi Seram
Tarikh Tayangan: 27 Januari 2022
Rangkaian: Astro First
Cerita Asal & Skrip: Mawi World
Pengarah: Mawi World
Produksi: MW Entertainment Sdn Bhd & Al Najwa Production
Pelakon: Saiful Apek, Along Cham, Syanie, Zarina Anjoulie, Anas Tahir, Mawi, Anas Tahir, Johan As'ari, Imam Muda Asyraf, Ustaz Zulkifli Hamai, Azhar, Kefli, Deen Maidin
Sinopsis Mengisahkan sekumpulan ‘scammer’ yang dikenali sebagai 'engkau scam' amat dikehendaki pihak berkuasa. Mereka cuba melari...
Sinopsis
Cinta Kamal dan Fatiha berputik sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan tergugat apabila kembali ke tanah air. Dalam usia yang masih muda dan kesempitan hidup, Fatiha tewas dengan ujian dan dugaan alam perkahwinan apabila dia memilih untuk mengejar kesenangan dan godaan orang ketiga. Tinggallah Kamal dengan kasih setia yang terpahat dan tersimpul mati di dalam hatinya.
Gracias Barcelona
Genre: Drama Romantik
Tarikh Tayangan: 13 Januari 2022
Rangkaian: Astro First 480
Cerita Asal: Mimi Azura Ahmad Tajudin
Skrip: M.F Kencana
Lakon Layar: M.F Kencana
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Azura Pictures Sdn Bhd
Barisan Pelakon
Kamal Adli sebagai Kamal
Fathia Latiff sebagai Fatiha
Afiq Muiz sebagai Adam
Bell Ngasri sebagai Azraf
Lagu Tema OST
Lagu : Gracias Barcelona
Penyanyi : Nadia Hasnan
Lirik : Leaism
Komposer : El Moe Hussaini
Sinopsis Cinta Kamal dan Fatiha berputik sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan tergugat apabila kembali ke tanah air. Dalam usia ya...
Sinopsis
Mengisahkan dua orang sahabat, Mamat dan Zul, obses terhadap gusti dan mengidolakan seorang ahli gusti bernama Naga. Apabila Naga tewas dalam perlawanannya dan patah semangat untuk terus bergusti, Mamat dan Zul nekad untuk membantu idola mereka mencari semula semangat yang hilang demi memenangi semua kejuaraan gusti Asia Pasifik.
Gila Gusti
Tarikh Tayangan: 13 Januari 2021
Pengarah: Silver Chung
Produksi: APAC Wrestling, Lomo Pictures
Pelakon: Ayez Shaukat Fonseka, Nor "Phoenix" Diana, Gotham, Syafie Naswip, Elizabeth Tan, Aisar Khaled, Pekin Ibrahim, Dato Jalaluddin Hassan, Nia Atasha,
Sinopsis Mengisahkan dua orang sahabat, Mamat dan Zul, obses terhadap gusti dan mengidolakan seorang ahli gusti bernama Naga. Apabila Nag...