SINOPSIS Nia menanam pokok kari di depan rumahnya dan sering digunakan untuk masakannya. Tambahan pula datuknya, Tok Man yang tinggal be...
SINOPSIS
Puan Sri Maryam mengumpulkan empat individu iaitu Alwi, Intan, Nora dan Fikri untuk diperkenalkan kepada cucunya Aina. PS Maryam mahu melantik mereka menjadi 'keluarga sewa' dan menyamar sebagai keluarga Aina dengan bayaran lumayan.
Alwi, Intan, Fikri dan Nora bersetuju setelah memikirkan masalah kewangan mereka yang semakin merudum setiap hari. Alwi dikejar Ahlong, Intan diganggu bekas suami meminta duit, Fikri kais pagi makan pagi dan Nora menyara adik-adiknya.
Sementara mereka cuba membiasakan diri dengan watak masing-masing, Aina mula curiga. 'Keluarga Sewa' mula kelam-kabut untuk menutup penyamaran dan berlakulah berbagai kejadian lucu sampai rahsia mereka nyaris-nyaris terbongkar.
JUDUL : KELUARGA UNTUK DISEWA
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 2 November 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 8:30 malam
RANGKAIAN : Diandra TV9 / Disney+ Hotstar
PENULIS SKRIP : MF Kencana, Ellyna Ahmad
PENGARAH : Raja Mukhriz
PRODUKSI : Eleven Field Creative Sdn Bhd
PELAKON : Adibah Noor, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fimie Don, Pekin Ibrahim, Fifi Laura Olivia, Afifah Nasir, Fimie Don, Sharifah Shahora, Avaa Vanja, Najua Pramlee, Henzi Andalas, Ustaz Syamsul Debat, Cat Farish, Nabil Aqil, Puteri Lofea, Mona Allen, Zalfa Zin, Kamal Bahar, Asha Merican, Maria Tunku Sabri, Johan Asari, Kazuto
WATAK PELAKON
Adibah Noor sebagai Puan Sri Maryam
Fifi Laura Olivia sebagai Aina
Fimie Don sebagai Fikri / Hisham
Afifah Nasir sebagai Noraa / Anis
Dynas Mokhtar sebagai Intan / Marissa
Azhan Rani sebagai Alwi / Azman
Pekin Ibrahim sebagai Din
Maria Tunku Sabri sebagai Datin Kay
Sharifah Shahora sebagai Nurul
Avaa Vanja sebagai Marissa
Henzi Andalas sebagai Azman
Ustaz Syamsul Debat sebagai Ustaz Ismail
Cat Farish sebagai Rizman
Nabil Aqil sebagai Dr Syamsul
LAGU TEMA (OST)
Dijaja - Cat Farish, Fimie Don, Shiha Zikir, Pekin Ibrahim
SINOPSIS Puan Sri Maryam mengumpulkan empat individu iaitu Alwi, Intan, Nora dan Fikri untuk diperkenalkan kepada cucunya Aina. PS Maryam...
SINOPSIS
Mengisahkan suka duka sekumpulan pelatih industri yang baru hendak menjinak dalam industri pengiklanan. Bainun, Izzy, Ryan dan Karl mempunyai sebab sendiri untuk bekerja sepenuh masa selepas latihan industri tamat. Selepas habis waktu kerja, mereka sering menghabiskan masa di sebuah kafe milik kepada kakak Karl.
Empat sekawan dari sebuah kolej, Izzy, Ryan, Karl dan Bainun berjaya mendapat tawaran latihan industri (internship) di sebuah agensi Pengiklanan yang terkenal. Pengalaman pertama kali bekerja di alam pekerjaan yang sebenar telah membuka mata dan dimensi mereka. Pelbagai cabaran dan peristiwa dihadapi oleh mereka berempat demi beroleh penilaian yang baik dari penyelia masing-masing. Tanpa mereka sedar ‘Internship’ bukan sekadar penilaian lulus atau gagal, malah turut menguji persahabatan mereka dan merubah mereka selamanya.
JUDUL : BUDAK INTERN
EPISOD : 16
TARIKH TAYANGAN : 22 September 2021
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 9:30 malam
SIARAN TV : TV9
PENGARAH : Ken Kin
PRODUKSI : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Malek Mccrone, Bella Dowanna, Syafi Tee, Acong Sweetchild, Zul Ariffin, Nonny Nadirah, Sham Visa, Ifa Raziah, Zarul Umbrella, Aniq Suhair , Nadiyah Shahab, Arja Lee, Cristina Suzanne, Amber Chia, Ziana Zain, Douglas Lim, Badrul Muhayat, Sharifah Shahora
WATAK PELAKON
Malek Mccrone sebagai Ryan
Intan Najuwa sebagai Izzy
Bella Dowanna sebagai Bainun Soleha
Syafi Tee sebagai Karl Hanif
Acong Sweetchild sebagai Said
Zul Ariffin sebagai Dato Shuk
Nonny Nadirah sebagai Hanum
Sham Visa sebagai Datuk M
Ifa Raziah sebagai Datin Nelly
Zarul Umbrella sebagai Tuan Rosli
Aniq Suhair sebagai Adrian
Nadiyah Shahab sebagai Fazlin
Arja Lee sebagai En Kassim
Cristina Suzanne sebagai Hanna
Amber Chia sebagai Keira Zulaikha
Ziana Zain sebagai Miss Jollie
Douglas Lim sebagai Billy
LAGU TEMA (OST)
Bebel - Farisha Iris
SINOPSIS Mengisahkan suka duka sekumpulan pelatih industri yang baru hendak menjinak dalam industri pengiklanan. Bainun, Izzy, Ryan dan K...
SINOPSIS
Mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang antik yang dijual oleh seorang pemilik kedai bernama Sheikh Tahlul.
JUDUL : SERAM TAK SERAM
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 24 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Khamis, 9:30 malam
SIARAN TV : TV9
PENULIS SKRIP : Jeladin Jamal
PENGARAH : Thorpe Ali
PRODUKSI : Nafalia Corporation Sdn. Bhd
PELAKON : Jiggy Masin, Adam Corrie, Joey Daud, Didie Alias, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Mia Nasir, Acong Sweetchild, Nasz Sally, Qazem Nor, Zarul Umbrella, Den Wahab, Dayang El, Yus Barat, Karena Sanjna
WATAK PELAKON
Jiggy Masin sebagai Sheikh Tahlul / Zainol
Adam Corrie sebagai Ah Meng
Joey Daud sebagai Kami
SINOPSIS Mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang antik yang dijual oleh seorang pemilik kedai bernama Sheikh Tahlul. ...
SINOPSIS
Ustaz (Cik Man), Tommy (Bell Ngasri) dan Razak (Hafidz Roshdi) ialah tiga orang bujang yang tinggal di sebuah rumah sewa kepunyaan Malik (Ebby Yus) di Kuala Lumpur. Masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza dan cuba untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain. Walaupun begitu, mereka tetap setia tinggal bersama dan menjadi kawan baik.
Ustaz seorang yang peramah, senang terhibur dan disenangi ramai. Dia bekerja sebagai seorang guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam di sekolah menengah. Ustaz mementingkan ilmu agama dan sentiasa menegur kesilapan Tommy dan Razak dengan memberi tazkirah, terjemahan hadis serta mengaji dan mengajar tajwid secara tiba-tiba dan kadang kala membuat mereka tertekan.
Tommy seorang yang lurus bendul, kelam kabut dan suka cakap merapu. Dia bekerja sebagai seorang juruteknik tetapi tidak mahir membuat kerja-kerja pendawaian elektrik. Dia juga sering dimarahi kerana suka buat sepah. Tommy mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan sentiasa ingin memberi bantuan walaupun situasi selalu bertukar menjadi lebih menyusahkan.
Razak pula seorang yang sangat mementingkan penampilan diri dan menganggap dirinya sangat kacak. Dia bekerja sebagai seorang jurujual kerana pandai bercakap dan sentiasa bermulut manis dalam kalangan wanita. Namun, Razak juga seorang ‘kaki cucuk’ dan suka membesarkan keadaan.
JUDUL : BUJANG. TAMPAN. SELAMBA
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 23 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Rabu, 9:30 malam
SIARAN TV : TV9
IDEA ASAL : Fadzliniza Zakaria
PENULIS SKRIP : Anwawr Affiq Noor Rashid
PENGARAH : Haizren Mohd Esa
PRODUKSI : FZ Studios Sdn Bhd
PELAKON : Cik Man, Bell Ngasri, Hafidz Roshdi, Ebby Yus, Atu Zero, Razak Ahmad, Anas Ridzuan, Rosnah Mat Aris, Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana, Shuk Sahar, Aishah Azman, Sharif Zero, Kamarul Eqifshah, Kak Girl, Lia Natalia
SINOPSIS Ustaz (Cik Man), Tommy (Bell Ngasri) dan Razak (Hafidz Roshdi) ialah tiga orang bujang yang tinggal di sebuah rumah sewa kepunyaa...
SINOPSIS
Mengisahkan tentang seekor kambing peliharaan Atok Budin (Kazar). Atok Budin terpaksa menjual kesemua kambing peliharaannya kecuali Mustafa, kerana kambingnya sering merosakkan tanaman orang-orang kampung. Amar (Adib Haziem) dan ibunya Aishah (Rozita Che Wan), anak kepada Atok Budin terpaksa berpindah ke kampung halaman iaitu Kampung Imam Lapar setelah kematian ayahnya Shauki. Aishah sangat berharap agar Amar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung.
Atok Budin gembira dengan kehadiran anak dan cucunya kerana tinggal keseorangan di kampung kecuali jika cuti semester, anak bongsunya Paksu Harris (Syazwan Zulkifly) akan berada bersamanya. Kegembiraan berganda buat Atok Budin apabila mereka dapat menyambut bulan Ramadan bersama anak-anak dan cucunya buat pertama kali.
Pak Harris suka menyakat Amar dan ini tidak disenangi olehnya. Di kampung pula terdapat tiga orang kanak-kanak yang sebaya dengannya iaitu Yaya, Comel dan Ali. Namun Amar tidak menyenangi mereka kerana bagi Amar mereka ketinggalan zaman tidak seperti dia yang datang dari bandar. Amar sentiasa melihat Atok Budin bercakap dengan Mustafa. Dia pelik tetapi tidak mengendahkannya sehinggalah suatu hari dia seperti mendengar Mustafa memanggil namanya.
Dia menceritakan perkara itu kepada Atok Budin, ibunya dan Paksu Harris tetapi semua tidak percaya dan membuat kesimpulan yang Amar terlalu rindukan arwah ayahnya. Amar sedih dan akhirnya Amar menjadi akrab dengan Mustafa. Mustafa seolah-olah memahami masalah yang dihadapi oleh Amar dan menasihati Amar untuk berbaik dengan kawan-kawan baharunya. Bagaimana kesudahan Amar dan Mustafa? Adakah orang sekeliling mempercayai kata-kata Amar yang Mustafa boleh bercakap?
JUDUL : ASSALAMUALAIKUM MUSTAFA
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 5 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 9.30 malam
SIARAN TV : TV9
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Fairuz Loy
PRODUKSI : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Adib Haziem, Amani Aryan, Aireen Embun, Aryan, Eilman Irsyad, Kazar Saisi, Rozita Che Wan, Mawar Rashid
WATAK PELAKON
Adib Haziem seabgai Amar
Kazar Saisi sebagai Atok Budin
Rozita Che Wan sebagai Aishah
Syazwan Zulkifly sebagai Paksu Harris
SINOPSIS Mengisahkan tentang seekor kambing peliharaan Atok Budin (Kazar). Atok Budin terpaksa menjual kesemua kambing peliharaannya kecu...
Program Perang Bibir di TV 9, saksikan Sherry Al-Hadad dan Dennis Yin mencabar sesama sendiri dalam pertarungan 'lipsync' dengan bantuan rakan-rakan selebriti mereka. Siapakah bakal dinobatkan sebagai Juara Perang Bibir?
Lebih sedekad memahat nama sebagai pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad mengakui ada ketika dia kehabisan idea dalam berkarya.
Terkenal dengan karakter komedi, pernah timbul kerisauan dalam dirinya jika apa yang dipersembahkan tidak dapat memuaskan hati penonton.
“Setiap kali mengacara, saya akan jadi diri sendiri. Risau juga jika penonton berasakan gaya penyampaian saya sama sahaja,” katanya.
Begitu juga karier lakonan, Sherry bimbang penonton bosan apabila dia kerap menjayakan watak komedi.
“Diakui ada masa saya rasa tepu dan ketandusan idea untuk berjenaka luar daripada kebiasaan,” katanya.
Ulas pemilik nama sebenar Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad ini, pernah terdetik dalam hati untuk memperlahankan kerjaya seni.
“Pernah juga terlintas di fikiran untuk mengurangkan kemunculan sebagai bintang komedi bagi mengelakkan penonton bosan.
“Apabila sudah beri 100 peratus dalam kerjaya, saya tak tahu nak bagi apa lagi,” katanya.
Mengulas perkembangan terkini, Sherry mengendalikan program Perang Bibir yang bersiaran TV9 di samping bekas bekas penyampai radio Fly FM, Dennis Yin.
“Ini kolaborasi pertama saya dan Dennis. Majoriti peminat Dennis golongan urban jadi sedikit sebanyak dapat menarik perhatian mereka untuk menonton program ini,” kata Sherry.
Mengulas cabaran mengendalikan program rakaman 12 episod itu, Sherry berkata, dia perlu berurusan dengan 24 peserta yang terdiri daripada pelakon terkenal tanah air.
“Penonton pasti suka melihat artis kesayangan mereka beraksi. Macam-macam aksi dan keletah dapat disaksikan apabila membabitkan ramai peserta.
“Satu lagi cabaran adalah Dennis perlu mengacara dalam bahasa Malaysia sedangkan sebelum ini pertuturan hariannya adalah bahasa Inggeris,” katanya.
Kata Sherry, pada awalnya dia kekok bergandingan dengan Dennis namun berkat usaha keras kedua-dua pihak maka segalanya berjalan lancar.
“Kami kerap berbincang, malah saya membantunya supaya tidak nampak kekok depan kamera. Setiap episod adalah proses pembelajaran bagi kami dan masing-masing berusaha memperbaiki kelemahan,” katanya.
Selain Perang Bibir, Sherry juga bakal muncul dalam program terbitan Astro, Projek Theme Park dan diterbangkan ke Hong Kong, baru-baru ini.
“Di Hong Kong saya diberi misi mencuba pelbagai permainan menarik di Disneyland. Memang saya sukakan cabaran sebegini terutama ‘roller coaster’,” katanya.
Menjelang 9 April ini, Sherry akan berganding dengan AG Kool FM dan pelakon Rita Rudaini mengedalikan Anugerah DFKL 2017.
Bersiaran setiap Khamis jam 9.30 malam di TV9 program Perang Bibir juga boleh diikuti di portal tonton.com.my.
Program Perang Bibir di TV 9, saksikan Sherry Al-Hadad dan Dennis Yin mencabar sesama sendiri dalam pertarungan 'lipsync' dengan ...
SINOPSIS PETANDA
Cerita tentang seorang budak yang hilang, emosi ayah dan ibunya terganggu akibat dari kehilangan anak tersayang. Cerita ini dimulakan dengan dua kejadian seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bernama Azita dan Syikin. Kedua-duanya telah hilang pada tahun yang berbeza. Sehingga kini tidak ada seorang pun yang menjumpai mereka berdua. Kejadian ketiga berulang lagi apabila Sheeda, seorang gadis remaja yang cantik dan baik berumur 15 tahun juga turut hilang.
JUDUL : PETANDA
TARIKH / MASA : Isnin, 6 Mac 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Razaisyam Rashid
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Faizal Hussein, Aleza Shadan, Diana Rafar, Khalisa, Gambit Saifullah, Iswazir Ismail, Azzam Zamani,
SINOPSIS PETANDA Cerita tentang seorang budak yang hilang, emosi ayah dan ibunya terganggu akibat dari kehilangan anak tersayang. Cerita...
SINOPSIS AWAK KAT MANA?
Sejak Farid bertemu Fazira di majlis makan malam itu, dia asyik memikirkan tentang Fazira dan pelbagai cara dilakukan untuk bertemu dengan Fazira. Adakah dia Berjaya bertemu dengan gadis pujaannya itu?
JUDUL : AWAK KAT MANA?
TARIKH / MASA : Isnin, 27 Februari 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : MF Kencana
IDEA ASAL : Erma Erima
PENGARAH : Din Glamour
TERBITAN : MacheAllstar United Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Chacha Maembong, Annie Ariffin, Bell Ngasri, Jaja Ilyes,
Sumber : Myinfotaip
SINOPSIS AWAK KAT MANA? Sejak Farid bertemu Fazira di majlis makan malam itu, dia asyik memikirkan tentang Fazira dan pelbagai cara dila...
SINOPSIS PEREMPUAN DI HUJUNG KAMPUNG
Umar Ariffin yang menghadapi depresi selepas beliau kecewa dalam percintaan dan menyebabkan prestasinya dalam perkerjaan juga merudum, kini beliau dipaksa untuk mencari sebuah kisah atau artikel.
JUDUL : PEREMPUAN DI HUJUNG KAMPUNG
TARIKH / MASA : Isnin, 20 Februari 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Jetlee Nazir Juhan
TERBITAN : ZK Creative Sdn Bhd
PELAKON : Amar Asyraf, Chacha Maembong, Marisa Yasmin, Fadilah Mansor
SINOPSIS PEREMPUAN DI HUJUNG KAMPUNG Umar Ariffin yang menghadapi depresi selepas beliau kecewa dalam percintaan dan menyebabkan presta...
SINOPSIS NAMAKU BEDAH
Mengisahkan Bedah (Aishah Azman), seorang gadis pintar dan lincah namun mempunyai perwatakan yang gedik dan sentiasa ingin bergaya. Wajah cantik dimilikinya telah membuatkan ramai jejaka tertarik dengan Bedah namun mereka mentertawakannya apabila mendapat tahu nama sebenar Bedah malah dijadikan bahan ejekan. Bedah adalah gabungan nama tanda kasih sayang ibunya iaitu, Hamidah dan ayahnya, Bedul.
Selepas tamat persekolahan, Bedah telah melanjutkan pengajian ke kolej. Di kolej, Bedah menjadi perhatian ramai pelajar lelaki. Sehinggakan ada yang tidak tidur malam, dan bergaduh semata-mata nak berebut mendapatkan hati Bedah. Suatu hari secara tidak sengaja Bedah bertemu dengan Zuhairi (Nadzmi Adhwa), seorang anak jutawan terkenal. Bedah terpegun dengan ketampanan Zuhairi. Rupa-rupanya Bedah tidak bertepuk sebelah tangan, kerana Zuhairi juga turut meminati Bedah. Mengetahui status Zuhairi Bedah menggunakan nama samaran sebagai Puteri Anis.
Bedah sangat teruja sehingga apa yang dilakukannya serba tak kena. Bedah juga telah berjanji dengan dirinya sendiri untuk tidak melepaskan Zuhairi dalam hidupnya sehinggakan dia berfikir untuk berhenti belajar dan terus berkahwin. Dia menceritakan perihal ini kepada Tasha (Syainie Aida), teman karibnya sejak dari kampung lagi, tetapi ideanya itu ditentang oleh Tasha yang merasakan perjalanan mereka masih jauh dan tidak perlu untuk berhenti belajar. Bedah sudah lupa diri, dia juga nekad untuk menukar namanya agar tidak diketahui Zuhairi. Bedah meminta pertolongan Iskandar yang mempunyai kenalan untuk menukar nama pada kad pengenalannya.
Bedah mahu dikenali sebagai Puteri Anis. Kerana mempunyai kekasih yang kaya, Bedah juga mengubah penampilannya, bergaya mewah dan tidak lagi seperti gadis kampung. Bedah juga sudah mula bercakap besar dan bersikap sombong dengan orang-orang di kampung. Apabila Puan Hamidah mengetahui keputusan Bedah untuk berhenti belajar dan berkahwin, keputusan itu ditentang sekeras-kerasnya. Puan Hamidah turut meminta Zuhairi untuk datang berjumpa dengannya terlebih dahulu. Walaupun Zuhairi tidak biasa dengan suasana kampung, dia sanggup kerana ingin mengambil hati bakal mertuanya itu. Bedah risau kerana jika Zuhairi menemui ibunya, segala rahsia bakal terbongkar.
Dapatkah Zuhairi menerima Bedah setelah mengetahui dia telah ditipu oleh Bedah? Adakah ibunya juga dapat memaafkan Bedah?
JUDUL : NAMAKU BEDAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 5 Februari 2017
HARI / MASA : Selasa-Ahad 8.30 malam
SIARAN : Slot Kelakarama TV9
SKRIP : Shahremy Ikmal
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Aishah Azman, Niezam Zaidi, Syainie Aida, Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana, Rashidah Jaafar, Rosnah Mat Aris, Razak Ahmad, Feiyna Tajudin, Kamal Bakar, Hanif Safuan, Radhi Khalib, Ferth Jasni, Zahir
WATAK PELAKON
Aishah Azman sebagai Bedah
Nadzmi Adhwa sebagai Zuhairi
Syainie Aida sebagai Tasha
Ardell Aryana sebagai Umairah
Niezam Zaidi sebagai Sood
Rashidah Jaafar sebagai Hamidah
Rosnah Mat Aris sebagai Rokiah
Razak Ahmad sebagai Pak Halim
Feiyna Tajudin sebagai Izzah
Hanif Safuan sebagai Iskandar
Farouk Hussain sebagai Dr.Asri
Kamal Bakar sebagai Tok penghulu
LAGU TEMA NAMAKU BEDAH
Lagu : Namaku Bedah
Penyanyi : Syafeek Ikhwan
SINOPSIS NAMAKU BEDAH Mengisahkan Bedah (Aishah Azman), seorang gadis pintar dan lincah namun mempunyai perwatakan yang gedik dan sentia...