SINOPSIS AMNESIA PELAMIN ERINA Ayah Erina tidak merestui hubungan anaknya dengan Haziq kerana merasakan kerjaya Haziq tidak mempunyai ma...
SINOPSIS JANJIKAN AKU BAHAGIA
Mengisahkan Nora adalah seorang janda yang mempunyai seorang anak perempuan remaja.
Sementara itu Malique, seorang pemuda yang tampan, jatuh cinta dengan Nora yang jauh berusia darinya. Malique yakin dan jujur dengan cintanya terhadap Nora tanpa menghiraukan tanggapan orang terhadap jarak umur mereka.
Sungguh pun Nora telah menolak lamaran Malique, namun Malique terus memujuk dan meyakinkan Nora. Nora yang pada mulanya sukar menerima kehadiran Malique akhirnya mengalah dan bersetuju menerima lamaran Malique. Mereka akhirnya berkahwin.
Namun berlaku konflik yang tidak diduga apabila hubungan mereka ditentang oleh Ameera, anak Nora. Dia ternyata menentang keras dan tidak merestui perkahwinan mereka. Pelbagai cara digunakan Ameera dalam menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
Dalam pada itu, setelah berkahwin, Nora dan Malique ternyata masing-masing menghadapi masalah kesihatan. Nora menghidap kanser servik manakala Malique pula menghidap sakit jantung.
Namun masing-masing merahsiakan masalah kesihatan dari pasangannya. Nora khuatir beliau tidak dapat membahagiakan suami mudanya dan ini memisahkan mereka berdua. Begitu juga Malique yang seboleh-bolehnya tidak mahu Nora simpati terhadapnya.
Dalam pada itu, mereka berdua menjalankan rawatan bagi memulihkan masalah kesihatan masing-masing dengan harapan mereka dapat bersama untuk tempoh yang panjang. Mereka berusaha meyakinkan diri untuk sembuh seperti sediakala.
Masih terbukakah peluang untuk mereka kembali bersama? Bagaimana pula penerimaan Ameera bila mengetahui ibu dan bapa tirinya di ambang kematian? Saksikan kesudahan teemovie menarik ini.
JUDUL : JANJIKAN AKU BAHAGIA
TARIKH / MASA : Selasa, 18 April 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Shirin Khuzaimi
TERBITAN : HADIR DINAMIK SDN. BHD
PELAKON : Zain Saidin, Rozita Che Wan, Zila Bakarin, Azuan Mazlan, Amirah Azmi, Mimi Ernida
SINOPSIS JANJIKAN AKU BAHAGIA Mengisahkan Nora adalah seorang janda yang mempunyai seorang anak perempuan remaja. Sementara itu Maliq...
SINOPSIS NURSERI SADO
Kisah Pitt yang bekerja sebagai pembantu di pusat gimnasium kepunyaan Sadat. Sementara itu ibu Pitt pula turut menjalankan perniagaan membuka nurseri menjaga kanak-kanak di rumahnya.
Satu hati Sadat telah mempelawa Pitt menjadi rakan kongsi dan melabur dalam perniagaannya. Pitt bersetuju namun kemudiannya barulah beliau sedar yang dirinya ditipu Sadat dan duit pelaburannya lesap.
Setelah ditipu oleh rakan baiknya, Pitt bercadang membuka sebuah gimnasium di kawasan nurseri ibunya. Apabila semakin maju, perniagaan Pitt pula disabotaj.
JUDUL : NURSERI SADO
TARIKH / MASA : Selasa, 11 April 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Waan Hafiz
TERBITAN : KRU Studio Sdn Bhd
PELAKON : Nas T, Luqman Hafidz, Shima Anuar, Norlia Ghani, Sam Rayzan Khan, Erni Amanina
SINOPSIS NURSERI SADO Kisah Pitt yang bekerja sebagai pembantu di pusat gimnasium kepunyaan Sadat. Sementara itu ibu Pitt pula turut men...
SINOPSIS HUJAN PANAS DI INDERA SABAH
Kehidupan, nilai cinta serta pengorbanan seorang isteri dan juga ibu demi untuk anak-anaknya setelah berpisah dengan ayahnya.
Basir dan Mastura hidup sebagai nelayan di Inderasabah. Anak bongsu mereka disahkan menghidap penyakit hati dan tidak dapat hidup lama sekiranya tiada rawatan segera. Basir tertekan lalu bercerai dengan Mastura. Usaha Cikgu Lokman mendapat sokongan penduduk kampung dengan program kutipan derma untuk membantu Mastura. Basir cemburu dan dia bertindak menculik Cikgu Lokman. Apa yang berlaku seterusnya?
JUDUL : HUJAN PANAS DI INDERASABAH
TARIKH / MASA : Selasa, 21 Februari 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : Marlin Malalin
PENGARAH : Dato Jurey Latiff Rosli
TERBITAN : World Evolustion Brain / D'Smart Borneans Production
PELAKON : Nad Zainal, Izzue Islam, Zarina Zainordin, Marlin Malalin
Sumber: Myinfotaip
SINOPSIS HUJAN PANAS DI INDERA SABAH Kehidupan, nilai cinta serta pengorbanan seorang isteri dan juga ibu demi untuk anak-anaknya setela...