, ,

Program Perang Bibir (2017)

11:29 AM


Program Perang Bibir di TV 9, saksikan Sherry Al-Hadad dan Dennis Yin mencabar sesama sendiri dalam pertarungan 'lipsync' dengan bantuan rakan-rakan selebriti mereka. Siapakah bakal dinobatkan sebagai Juara Perang Bibir?

Lebih sedekad memahat nama sebagai pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad mengakui ada ketika dia kehabisan idea dalam berkarya.

Terkenal dengan karakter komedi, pernah timbul kerisauan dalam dirinya jika apa yang dipersembahkan tidak dapat memuaskan hati penonton.

“Setiap kali mengacara, saya akan jadi diri sendiri. Risau juga jika penonton berasakan gaya penyampaian saya sama sahaja,” katanya.

Begitu juga karier lakonan, Sherry bimbang penonton bosan apabila dia kerap menjayakan watak komedi.

“Diakui ada masa saya rasa tepu dan ketandusan idea untuk berjenaka luar daripada kebiasaan,” katanya.

Ulas pemilik nama sebenar Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad ini, pernah terdetik dalam hati untuk memperlahankan kerjaya seni.

“Pernah juga terlintas di fikiran untuk mengurangkan kemunculan sebagai bintang komedi bagi mengelakkan penonton bosan.

“Apabila sudah beri 100 peratus dalam kerjaya, saya tak tahu nak bagi apa lagi,” katanya.

Mengulas perkembangan terkini, Sherry mengendalikan program Perang Bibir yang bersiaran TV9 di samping bekas bekas penyampai radio Fly FM, Dennis Yin.

“Ini kolaborasi pertama saya dan Dennis. Majoriti peminat Dennis golo­ngan urban jadi sedikit sebanyak dapat menarik perhatian mereka untuk menonton program ini,” kata Sherry.

Mengulas cabaran me­ngendalikan program rakaman 12 episod itu, Sherry berkata, dia perlu berurusan dengan 24 peserta yang terdiri daripada pelakon terkenal tanah air.

“Penonton pasti suka melihat artis kesayangan mereka beraksi. Macam-macam aksi dan keletah dapat disaksikan apabila membabitkan ramai peserta.

“Satu lagi cabaran adalah Dennis perlu mengacara dalam bahasa Malaysia sedangkan sebelum ini pertuturan hariannya adalah bahasa Inggeris,” katanya.

Kata Sherry, pada awalnya dia kekok bergandingan dengan Dennis namun berkat usaha keras kedua-dua pihak maka segalanya berjalan lancar.

“Kami kerap berbincang, malah saya membantunya supaya tidak nampak kekok depan kamera. Setiap episod adalah proses pembelajaran bagi kami dan masing-masing berusaha memperbaiki kelemahan,” katanya.

Selain Perang Bibir, Sherry juga bakal muncul dalam program terbitan Astro, Projek Theme Park dan diterbangkan ke Hong Kong, baru-baru ini.

“Di Hong Kong saya diberi misi mencuba pelbagai permainan menarik di Disneyland. Memang saya sukakan cabaran sebegini terutama ‘roller coaster’,” katanya.

Menjelang 9 April ini, Sherry akan berganding dengan AG Kool FM dan pelakon Rita Rudaini mengedalikan Anugerah DFKL 2017.

Bersiaran setiap Khamis jam 9.30 malam di TV9 program Perang Bibir juga boleh diikuti di portal tonton.com.my.


You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.