SINOPSIS BARU NAK UNTUNG
Mengisahkan anak muda kini yang mengambil mudah masa hadapan dan bergantung kepada ibu bapa bagi keperluan harian. Atan, Mior dan Leman Afro yang berkawan rapat sejak kecil, gembira menjalani kehidupan dan melakukan aktiviti bersama serta sanggup menerima baik buruk masing-masing.
Malangnya mereka tidak berjaya dalam pekerjaan. Atan dan Afro hanya menghabiskan masa bermain muzik tanpa sebarang hala tuju. Begitu juga Mior yang menjadi pengurus syarikat tetapi dipecat.
Mereka jadi penganggur dan mengharapkan bantuan kewangan keluarga masing-masing. Situasi itu merisaukan Pak Salim, bapa Atan. Dia mahu melihat anaknya berjaya seperti anak orang lain dan mendapat pekerjaan sesuai.
Memandangkan mereka berminat dalam bidang muzik, Pak Salim mencadangkan mereka menjadi buskers atau penyanyi jalanan. Sekurang-kurangnya dapat rezeki halal dan pada masa sama jika bertuah bakat mereka dapat dilihat individu terbabit dalam bidang muzik.
Pada mulanya Atan dan Leman Afro tidak yakin dengan kebolehan mereka tetapi akhirnya Mior berjaya meyakinkan rakannya dan menubuhkan kumpulan muzik Baru Nak Untung atau BNU.
Berkat usaha keras mereka berjaya mengumpul hasil kutipan harian dari menghibur orang awam yang memadai untuk mereka berdikari. Adakah bakat mereka berjaya digilap? Bagaimana masa depan mereka dalam bidang muzik?
JUDUL : BARU NAK UNTUNG
TARIKH / MASA : Selasa, 14 Mac 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Othman Basri (Man Kobena)
TERBITAN : Multilift Film Production
PELAKON : Anas Ridzuan, Arja lee, Izadin Syawal, Kazar Saisi, Raja Ema, Dayana Roza, Bella Dowanna, Halim Anuar
Sumber Myinfotaip
0 Comments