SINOPSIS PAPA NAK MENANTU
Kisah Pak Saad yang mahukan anak tunggalnya, Syahirah carikan dia menantu sebelum dia berusia 50 tahun dek kerana sikap anaknya itu yang kasar, pemalas dan keras kepala. Pak Saad mengugut jika tidak ditunaikan dia akan kahwinkan dengan Pak Mat Tempe yang sudah berusia 55 tahun. Dia berharap bila anaknya bersuami kelak, suaminya boleh mengubah sikapnya.
Tanpa pilihan, Syahirah bertungkus-lumus untuk mencari calon suami dan dia dibantu oleh Syakir dan Nabila. Laman sosial Facebook menjadi tempat carian bakal suaminya. Pelbagai lelaki dia temui, Tauke Belacan, lelaki berstatus Dato, Si Gigi Mancung, Si Ketiak Busuk, yang sudah beristeri tiga, budak 15 tahun dan, lelaki dua alam. Semuanya, rejected!
Namun, atas pujukan best friend forevernya, dia bertemu dengan lelaki kelapan, Azrin Aidil seorang jurulatih di gim. Tatkala hati mula bergetar, muncul pula kekasih lama, Nazim. Serba salah dia dibuatnya. Siapa yang Syahirah akan pilih? Azrin Aidil atau Nazim si kekasih lamanya yang muncul semula selepas tujuh tahun menghilangkan diri itu?
JUDUL : PAPA NAK MENANTU
TARIKH / MASA : 2017
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENULIS NOVEL : Hasrudi Jawawi
PENGARAH : Chad Abd Rahman
TERBITAN : Zeel Production Sdn.Bhd
PELAKON : Jaja Iliyes, Hafidz Roshdi, Aman Graseka, Rais Hazlin, Aedy Ashraf, Haliza Misbun
WATAK PELAKON
Jaja Iliyes sebagai Syahirah
Hafidz Roshdi sebagai Azrin Aidil
Aman Graseka sebagai Pak Saad
0 Comments