Program realiti AF Megastar bakal menghimpunkan semula bekas juara dan
bintang Akademi Fantasia yang telah bersiaran selama 13 musim sebelum
ini.
Seramai lapan orang bekas juara ‘AF’ yang telah mengesahkan penglibatan
mereka dalam edisi khas ini iaitu Zahid (AF2), Faizal Ramly (AF4), Mila
Jirin (AF5), Shahir (AF8), Faizul Sany (AF2013), Firman (AF 2014), Sufi
Rashid (AF2015) dan Amir (AF2016).
Manakala enam belas orang peserta ‘favourite’ yang berjaya disenarai
pendek ialah Rosma (AF1), Bob (AF2), Adam (AF2), Anding (AF2), Marsha
Milan (AF3), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Nubhan (AF6), Aril Pilus (AF7),
Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah Ruhaila (AF2013),
Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016).
Kesemua 24 bintang yang disenaraikan bakal berentap di pusingan ‘Konsert
AF Homecoming’ untuk mara ke peringkat seterusnya di pentas utama.
Kuasa mutlak pemilihan adalah 100% diserahkan kepada barisan juri
profesional yang akan memilih bintang yang benar-benar layak untuk
memeriahkan edisi ini.
Dua pusingan ‘Konsert AF Homecoming’ akan disiarkan jam 9.00 malam pada 3
dan 10 September 2017 menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD
(123). Diikuti dengan enam buah lagi konsert mingguan ‘AF Megastar’
bermula 17 September 2017 secara langsung di Royal Theater, Shah Alam.
Datuk Aznil Haji Nawawi akan mengemudikan edisi khas ini sebagai
pengacara.
0 Comments