,

Festival Filem Malaysia 29 FFM29 ( 2017)

11:30 AM


Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 September ini. Sebanyak 53 filem dipertandingkan pada acara tersebut terdiri daripada 41 filem berbahasa Malaysia, enam Mandarin, lima Tamil dan satu Inggeris. FFM29 mempertaruhkan 24 kategori merangkumi 18 kategori yang dipertandingkan, manakala enam daripadanya anugerah yang tidak dipertandingkan. Lima calon finalis bagi setiap kategori hanya akan mengumumkan pada malam anugerah.

Kategori filem yang dipertandingkan iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pengarah Harapan, Pelakon Lelaki & Wanita Harapan, Sinematografi Terbaik, Skor Muzik Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pereka Kostum/Busana Terbaik selain tiga anugerah khas juri, Penggiat Belakang Tabir, Filem Box Office dan Karyawan Sepanjang Zaman.

Bertemakan 'Transformasi Citra Karya', FFM29 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada pukul 9 malam. Zizan Razak diberi kepercayaan mengemudi acara Malam Anugerah FFM29 bergandingan dengan tiga lagi artis wanita iaitu  Nabila Huda, Siti Elizad, Elizabeth Tan

Seramai lebih 20 selebriti dan karyawan seni akan menyampaikan anugerah pada malam kemuncak tersebut. Antaranya adalah Osman Ali, Vanidah Imran, Datuk Norman Halim, Pekin Ibrahim, Datuk Eizlan Yusof, Puan Seri Tiara Jacquelina, Fattah Amin, Fasha Sandha, Remy Ishak, Nora Danish, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Raja Ilya, Faizal Husien dan ramai lagi. Malam anugerah juga akan dihiasi dengan persembahan artis popular antaranya KRU, Akim & The Majistret, UNIC, Aisyah Aziz, Mirwana, Salamiah Hassan dan Atilia.

You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.