,

Drama Mencari Kiblat Cinta (2021)

7:26 PM

 


SINOPSIS 

Kerana satu tragedi hitam, dua beradik terpisah. Danira dipenjarakan, sepi dan sendiri di gerigi besi. Naufal pula hilang entah ke mana. Misi pertamanya setelah dibebaskan ialah mencari Naufal, tapi yang ditemukan ialah Tengku Filman, lelaki yang punya segala-galanya. Hidup yang sempurna, kerjaya dihormati serta keluarga yang bahagia. Sedangkan dia gadis yang kontras dengan kesempurnaan Tengku Filman. Jika Tengku Filman A, dia pula C. Jika Filman Mr. Right, dia pula hanyalah gadis di loteng usang. Dan kerana Filman, dia menemukan Aliff, lelaki traumatik dengan kenangan kosong.


Dalam sempurna Tengku Filman, ada sekeping hati yang tidak pernah sembuh. Namun kerana Danira, dingin Tengku Filman melebur. Wajah Danira memenuhi setiap ruang kosong di hatinya. Cintanya kini berkiblat agung. Bertunjangkan kasih.


Di hadapan orang, dia terlihat bahagia. Miliki segala-galanya yang dimahukan. Tapi dalam senyuman dan gelak ketawanya, rupanya Aliff tidak pernah gembira. Jiwanya menderita, tapi tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terpendam sejak sekian lama. Sebuah rahsia hitam, melontar dirinya ke dalam jurang dalam. Namun kehadiran Danira dalam hidupnya telah merubah segala-galanya. 


Siapakah yang menjadi pilihan Danira antara Tengku Filman dan Aliff? Mampukah dia mengecap bahagia seperti yang diidamkan seperti dalam angannya? 


JUDUL : MENCARI KIBLAT CINTA

EPISOD : 26

TARIKH TAYANGAN : 7 Januari 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 10:00 malam 

SIARAN TV : TV Okey (Astro 146)

PENULIS SKRIP : Farhana Fauri

PENULIS NOVEL  :  Anita Aruszi  / Maazni Aitta

PENGARAH : Jo Yusof

PRODUKSI : NS Star Sdn Bhd

PELAKON : Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, Shah Hazvee, Ali Reza, Dayana Roza, Anne Ngasri, Edika Yusof, Zila Bakarin, Raden Zaharatul, Inas Sofea, Naszeli Ngasri, Nina Fazurina, Sazrin Aizul, Laura Olivia, Shahriza Mahmud, Ucop Cecupak, Liza Rafar, Nadia Kesuma, Darling Ngasri, Falla Zully, Azerin Zainal, Hasnol, Ramli Saleh


WATAK PELAKON

Husna Mustaffa sebagai Danira

Syazuwan Hassan sebagai Tengku Filman

Shah Hazvee sebagai Naufal / Alif

Dayana Roza sebagai Wirda

Fifi Laura Olivia sebagai Melly

Edika Yusof sebagai Tengku Amar

Zila Bakarin sebagai Tengku Saida

Raden Zaharatul sebagai Yana

Azerin Zainal sebagai Joshua

Falla Zully sebagai Evelyn

Ali Reza sebagai Tengku Firdaus

Inas Sofea sebagai Najla

Anne Ngasri sebagai Karmila

Sazrin Aizul sebagai Zhulbhan

Naszeli Ngasri sebagai Harris

Nina Fazurina sebagai Cikgu Lyn

Shahriza Mahmud sebagai Musliha 

Nadia Kesuma sebagai Zahara

You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.