,

Drama Masih Ada Rindu (2021)

6:51 PM

 


SINOPSIS 

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas, apatah lagi isterinya hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya. Bagaimanakah mereka mengharungi dugaan dalam melayari bahtera perkahwinan itu?


...

Nurul Syafika mendirikan rumahtangga bersama Lukman Hakim walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha. Namun kebahagian  mereka hanya sekejap, Hakim pergi  meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua. 


Kelahiran Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya dan Luqman Hadi yang telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.


Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun, Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam. 


Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi.


JUDUL : MASIH ADA RINDU

EPISOD : 16

TARIKH TAYANGAN : 2 Jun 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Akasia TV3

PENULIS NOVEL : Mimie Afini

PENULIS SKRIP : Naza Manas

PENGARAH : Osman Ali

PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd

PELAKON : Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Fenn Azia, Mia, Miny Ghazy


WATAK PELAKON 

Farid kamil sebagai Hadi/Hakim

Mimi Lana sebagai Nurul Syafika

Halim Radzi sebagai Imran

Dayang Areeda sebagai Nasya

Kuna Muzani sebagai Hajah Noraini

Aleza Shadan sebagai Zaleha

Rahim Jailani sebagai Saifuddin

Aishah Ilias sebagai Syazwani

Fahmi Reza sebagai Badrul

Sri Idrina sebagai Rafidah


LAGU TEMA (OST)

Nada Kalbu - Aina Abdul

Nukilanku - Aisha Retno 

Cinta - Marsha Milan


You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.