,

Drama Anak Sena (2021)

10:13 PM

 


SINOPSIS 

Mengisahkan tentang Sena, tok batin keturunan orang asli yang tinggal di pedalaman hutan. Sebagai ketua kampung, selain mempelajari ilmu hutan, Sena mahukan keturunannya bersekolah dan berpendidikan. Impiannya untuk melihat anak orang asli berjaya dan dia cuba membuktikannya melalui anaknya Wadi. Setiap hari Sena akan memandu bot membawa anaknya dan sejumlah murid-murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling ke sekolah. Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu, rotan dan belajar ilmu hutan.  Bagi Sena, anak-anaknya dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’. 


Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran. Namun minat dan bakat Wadi terhadap bola sepak berjaya mengubahnya. Namun, selepas berlakunya insiden salah faham dengan Cikgu Amir, Wadi tidak mahu pergi ke sekolah lagi. Setelah dipaksa oleh Sena, Wadi berpura-pura pergi ke sekolah sehinggalah terjadinya insiden yang mengakibatkan dia bertindak melarikan diri dari rumah. Kehilangannya merisaukan Sena dan ibunya Kiambang sehinggalah Sena nekad untuk mencarinya.


JUDUL : ANAK SENA

EPISOD : 8

TARIKH TAYANGAN : 26 Ogos 2021

WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam 

SIARAN TV : Slot Lestary TV3

PENULIS SKRIP : MF Kencana, Irdeena Nur Humaira

PENGARAH : Bahri Uma Bajuri

PRODUKSI : Kembara Sufi Sdn Bhd

PELAKON : Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abdul Rahman, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Shasha Abedul, Danish Zamri, Lan Siro, Bazruzainizam, Norshahira Malik, Habeeb Rasely, Syarafi Sudarmaji, Sera Melissa, Akmal Ahmad, Edaman Othman, Zuhairah Zainodin, Azwan Ali, Danish Iskandar


WATAK PELAKON

Ben Amir sebagai Cikgu Amir

Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Tok Sena

Hadi Putra sebagai Wadi

Farah Ahmad sebagai Kiambang

Nadia Aqilah sebagai Kuntum

Shasha Abedul sebagai Fatin 

Lan Siro sebagai Jati

Norshahira Malik sebagai Amira

Danish Iskandar sebagai Karim

You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.