,

Drama Malaysian Ghost Stories (2021)

5:29 PM

 


SINOPSIS

Nenek Hostel

Sebuah asrama diganggu jelmaan nenek yang muncul sebaik lampu di matikan dan mula mengira penghuni yang belum tidur. Gangguan berlarutan hingga hampir meragut nyawa mereka. Mereka harus menyelesaikan gangguan mistik tersebut.


Jin Pemusnah

Rumah tangga Johan dan Munirah semakin panas. Anaknya pula sering menangis dan Munirah keguguran. Hal ini berkaitan dengan sikap Johan yang sering pulang lewat senja.


Hantu Kum Kum

Seorang wanita memilih jalan sesat demi kecantikan. Wajahnya menjadi hodoh setelah dia melanggar pantang larang yang dikenakan. Dia perlu menghisap darah 40 gadis sunti sebagai bayaran.


Nenek Kebayan

Azri bertemu Laila di kawasan air terjun dan terpikat dengan kecantikkannya. Mereka jatuh cinta, sehinggakan Azri mengikuti Laila tanpa menyedari mainan ilusi nenek kebayan yang sebenarnya sedang menyamar.


JUDUL : MALAYSIAN GHOST STORIES

EPISOD : 18

TARIKH TAYANGAN : 25 Ogos 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11:00 malam

SIARAN TV : Astro Ria

IDEA ASAL: Syawal Azrai 

PENULIS SKRIP : Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang, Amar Amir

PENGARAH : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini

PRODUKSI : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

PELAKON : Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Ellie Suriaty, Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi, Amerul Affendi, Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah, Azman Ahmad, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Fimie Don, Nabil Aqil, Balkisyh Semundur Khan, Erry Putra, Hamdan Senario, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Fadhli Masoot


You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.