,

Drama Saga (2021)

6:21 PM

 


SINOPSIS

Andy baru dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman bagi jenayah yang tidak sengaja dilakukan. Sewaktu ketiadaan Andy, adiknya Rudy yang masih belajar mengambil alih menjaga ibunya yang sudah uzur. Rudy membenci abangnya kerana Andy membawa aib pada keluarga. Biarpun masa depannya kelam, Andy gembira menghabiskan masa di gelanggang tinju. Ia memberinya peluang melepaskan kekecewaan hidupnya.


Sementara itu, Din Cobra pula berusaha menjadi juara dalam pertarungan MMA. Pegawai promosi, Ryan gembira dengan perlawanan yang Din Cobra tunjukkan kerana ia memberikannya keuntungan besar. Ryan menjadikan MMA sebagai usaha niaga di mana dia mengatur pertaruhan dan perlawanan. Namun, wang lumayan yang diperolehi lenyap dalam sekelip mata di kasino.


Selepas berbulan lamanya, Andy masih gagal memperolehi sebarang pekerjaan. Dengan bantuan rakannya, Andy mendapat pekerjaan sebagai ‘bouncer’ di kelab malam. Pada satu malam, dia dapati Jun, pelayan kelab di tempat dia bekerja telah dikejar oleh sekumpulan pemuda. Andy telah menyelamatkan Jun daripada kejadian tersebut. Sejak itu, hubungan mereka mula rapat.


JUDUL : SAGA

EPISOD : 4

TARIKH TAYANGAN : 11 Ogos 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11.00 malam

SIARAN TV : Astro Ria

PENULIS SKRIP : Amanah Mustafi

PENGARAH : Faisal Ishak

PRODUKSI : MediaCorp TV Singapore

PELAKON : Aaron Aziz, Nick Mikhail, Jeff Catz, Nadiah M. Din, Syarif, Shahrin Azhar, Imam Shah, Hamidah Salim, J A Halim.


WATAK PELAKON 

Aaron Aziz sebagai Andy

Nick Mikhail sebagai Din Cobra

Jeff Catz sebagai Ryan

Nadiah M.Din sebagai Jun

Syarif sebagai Rudy

Shahrin Azhar sebagai Dino

Imam Shah sebagai Zack

Hamidah Salim sebagai Mak Leha

J A Halim sebagai Bapa Andy


LAGU OST 

Jiwa Juara - Iskandar Ismail

You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.