,

Telefilem Pesan Dari Tuhan (2021)

7:38 PM

 


SINOPSIS 

Kisah persengketaan antara dua saudara kerana perebutan jawatan yang berakhir setelah kampung mereka ditimpa bencana.


Kematian bapanya, Sulaiman (Remy Ishak) berhasrat merebut jawatan Ketua Kampung yang telah ditinggalkan bapanya dan mahu mengenepikan abang iparnya, Jamil (Azhan Rani) walaupun Jamil telah diberikan amanat oleh bapa Sulaiman sebelum ini. 


Sulaiman turut dipengaruhi oleh isterinya Manisah (Izreen Azminda) yang bercita-cita tinggi. Pengundian telah dijalankan dan Jamil memenanginya tetapi Sulaiman tidak dapat menerima keputusan tersebut. 


Penyokong-penyokong Sulaiman dan Jamil bergaduh sehinggakan Ira, anak Jamil diserang sawan dan dikejarkan ke hospital. Wakil Rakyat telah memilih Sulaiman sebagai Ketua Kampung yang baru mengenepikan pengundian yang telah dilakukan. 


Setelah Sulaiman dilantik menjadi Ketua Kampung, Manisah mendesak Sulaiman menuntut rumah peninggalan bapanya yang didiami Jamil dan keluarga sehingga tergamak menuduh Jamil sengaja melengah-lengahkan waktu walaupun Jamil berada di hospital menjaga Ira. 


Banjir besar telah melanda kampung mereka sehingga mereka terpaksa menyelamatkan diri ke kawasan yang tinggi.


JUDUL : PESAN DARI TUHAN

WAKTU SIARAN : Isnin, 13 September 2021, 9.00

SIARAN TV : TV2 (RTM)

PENULIS SKRIP : Eirma Fatima

PENGARAH : Eirma Fatima

PRODUKSI : Rumah Karya Citra Sdn Bhd

PELAKON : Azhan Rani, Ellie SuriatI, Remy Ishak, Izreen Azminda, Mohd Benladin, Putri Luvvna Wilma


You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.