,

Drama Danny (2021)

9:36 PM


SINOPSIS

mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Danny selepas pemergian Natrah. Danny cuba untuk melupakan Natrah dengan melanjutkan pelajarannya sambil cuba memulakan perniagaan kecil. Dalam usaha untuk mengimbangi dua dunia tersebut, Danny jatuh hati pada Sarah, seorang usahawan muda yang bakal mengambil alih syarikat ayahnya. Sarah tidak tumpah seperti Natrah, setiap sisi dan perangainya mengingatkan Danny pada Natrah.


Sebaik Danny berjaya menandatangani sebuah kontrak yang lumayan, Danny berniat untuk menghantar ibu dan bapanya mengerjakan ibadah Umrah. Walau bagaimanapun, kejayaan perniagaan Danny membawa dirinya hanyut kembali ke kancah maksiat. Ini ditambah lagi dengan kehadiran Liana, isteri kepada rakan baik Danny, Hosni. 


Hosni mula mengesyaki Danny sedang berselingkuh dengan isterinya. Perselisihan ini membawa kepada kehidupan Danny sekali lagi diambang kesusahan. Mampukah Danny menyimpan cinta Sarah dan kepercayaannya juga dalam masa yang sama. Adakah Danny bakal mengulangi dosa lamanya?


JUDUL : DANNY

EPISOD : 8

TARIKH TAYANGAN : 12 Oktober 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Jummat, 6:00 petang

RANGKAIAN : Astro Prima -  Slot Tiara

PENGARAH : Razi Salam

PRODUKSI : Flipside Stories Pte Ltd

PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Elfaezah Ul Haq, Nadia M Din, Dayang Balqis, Taufiq Salleh, Junaidi Sali, Sarah Aqilah

 

You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.