, ,

Drama Mr Bibik (2021)

7:24 PM

 


SINOPSIS 

Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.


Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.


Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.


Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.


Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia.


JUDUL : MR. BIBIK

EPISOD : 20

TARIKH TAYANGAN : 29 Oktober 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam  

RANGKAIAN : TV3 (Slot Akasia) / iQiyi

PENULIS NOVEL : Aein Dhiyauddin

PENULIS SKRIP : Farhana Fauri

PENGARAH : Pali Yahya

PRODUKSI : Saphire Screen Sdn.Bhd

PELAKON : Saharul Ridzwan, Zara Zya, Fatin Afeefa, Raja Afiq, Liza Abdullah, Syazuwan Hassan, Dayang Areeda, Roy Azman, Balkisyh Semundur Khan, Wanns Ahmad, Anne Abdullah, Sefik


WATAK PELAKON 

Saharul Ridzwan sebagai Firas Iman

Zara Zya sebagai Aulia Izzatunnisa

You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.