, ,

Drama Semanis Senyumanmu (2021)

9:44 PM

 





SINOPSIS 

Mengisahkan tentang Azim (Aiman Hakim Ridza) yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran terkenal dan makanan hasil masakannya selalu mendapat pujian. Azim tidak berpuas hati apabila terdengar seorang pelanggan mengkritik kuih lopes yang dimasaknya tidak mempunyai tekstur yang memuaskan. Azim cuba memasak semula kuih lopes dan meminta pandangan daripada stafnya dan tiada yang kurang pada kuih buatannya. Azim tidak dapat menerima kritikan dan merasakan pelanggan tersebut perasan bagus.


Azra (Daiyan Trisha) membuka sebuah bakery bersama kawan baiknya, Iman (Aqilah Abas) dan banyak menyibukkan diri dengan membuat bermacam-macam jenis manisan sejak putus dengan teman lelakinya.


Iman risau melihat keadaan Azra dan menyuruh kawan baiknya itu supaya berehat buat sementara waktu daripada membuat kerja di bakery tersebut.


Suatu hari, Azim menemani anak saudaranya yang mahu membeli manisan di bakery berdekatan rumahnya. Sewaktu membuat bayaran, Azim baru perasan yang pemilik bakery tersebut adalah orang yang sama mengkritik kuih lopesnya sebelum ini. Dalam masa yang sama, Azim turut mengkritik balik roti buatan Azra yang tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.


Mereka kemudiannya bertemu kembali dalam satu majlis, Azra meminta maaf pada Azim dan menawarkan diri untuk mengajar Azim membuat kuih memandangkan itu adalah kepakarannya. Adakah Azim akan bersetuju dengan tawaran tersebut dan berbaik dengan Azra?


JUDUL : SEMANIS SENYUMANMU

EPISOD : 16

TAYANGAN DISNEY+ : 1 Jun 2021

TAYANGAN  TV3 : 7 Oktober 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:30 malam

PENULIS SKRIP : Nur Hussein

PENGARAH : Faizul Jais

PRODUKSI : Parallax Pictures

PELAKON : Aiman Hakim, Daiyan Trisha, Aqilah Abas, Mia Deen, Shekeen Waida, Adib Azlan, Shyrim Husni, Abbas Mahmood, Akhmal Nazri, Zahirah Macwilson, Awie, Zoul Muhammad, Thaqif Zohiri, Adib Fikri, Lokman Hakim, Afif Mikhail, Sofea Ace, Rozuki, AG Aziz, Rashimah, Muhammad Nur Iman


WATAK PELAKON 

Aiman Hakim sebagai Chef Azim

Daiyan Trisha sebagai Azra

Shyrim Husni sebagai Naufal

Shekeen Waida sebagai Azreen

Adib Azlan sebagai Fariz

Mia Deen sebagai Nisa

Zoul Muhammad sebagai Chef Jamal

Thaqif sebagai Chef Ali

Adib Fikri sebagai Chef Fik


LAGU TEMA (OST)

Kalau Kau Rindu - Luqman Podolski

Thinking Bout Us - Daiyan Trisha


You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.