,

Drama Ustazah Robotik (2021)

5:23 PM

 


SINOPSIS 

Mengisahkan Asma (8 tahun) sangat obses terhadap permainan robot kerana mendapat pendedahan daripada ayahnya, seorang jurutera robot. Walau bagaimanapun, ayahnya terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa menyebabkan minatnya terhenti seketika dek perasaan kurang senang ibunya terhadap robot. 


Asma memberontak dalam diam kerana robot seolah menghubungkan hatinya dengan rindu kepada arwah ayah. Ibunya akur dan cuba mendorong minat Asma terhadap robot sehinggalah anak sulungnya itu berjaya menjadi jurutera robotik. Dalam liku-liku hidupnya mencapai impian, Asma jatuh hati kepada bosnya sendiri, Muaz.


Peribadi Asma yang berakhlak mulia dan kecekapannya mengendalikan teknologi robot menyebabkan ibu mentuanya memanggil Asma dengan panggilan ‘Ustazah Robotik.’ 


Kisah ini turut mengangkat nilai-nilai kemanusiaan dengan teknologi yang tidak dapat dipisahkan. Serta menggilap sifat kemanusiaan robot yang kadangkala lebih ‘manusiawi’ daripada manusia.


JUDUL : USTAZAH ROBOTIK

EPISOD : 13

TARIKH TAYANGAN : 8 November 2021

WAKTU SIARAN : Isnin & Selasa, 6:00 petang

RANGKAIAN : TV Alhijrah - slot Qalbu

PENULIS SKRIP : Ummu Hani Abu Hassan

PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli

PRODUKSI : Side Fx Sdn Bhd

PELAKON : Puteri Sarah Liyana, Zaki Azeman, Maisara Sufia, Ameerul Asyraf, Kuza, Kartina Aziz,Khai Sabri, Esma Daniel, Zarina Zainuddin, Lan Zailan, Illey Mohtada, Fazreen Rafi, 


PELAKON 

Puteri Sarah Liyana sebagai Asma

Zaki Azeman sebagai Muaz

Maisara Sufia sebagai Ilya

Ameerul Asyraf sebagai Miftah

Kuza sebagai Puan Tini

Kartina Aziz sebagai Nenek

Khai Sabri sebagai 

Esma Daniel sebagai Dato Hamzah 

Zarina Zainuddin sebagai Datin Sufinah

Lan Zailan sebagai Encik Farhan

Illey Mohtada sebagai Julia

Fazreen Rafi sebagai Syamil

Mohd Hashim sebagai Pak Long

Sharifah Nur Anthasha sebagai Mak Long

Mohd Azfar sebagai Azfar 

Hany Nur Marcella sebagai Sufi


You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.