,

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan (2023)

6:46 PM


 

Sinopsis

Larasati Aisya seorang gadis yang berjiwa besar, hidup dalam penuh kemewahan tetapi penuh pancaroba. Lara terpaksa berhenti daripada pelajaran kerana perlu menguruskan perniagaan arwah bapanya. Ibunya, Datin Fariza telah berkahwin dengan sahabat rapat bapanya membuatkan Lara berjauh hati dan renggang dengan ibunya. Mempunyai teman lelaki bernama Zafir seorang yang penyayang serta sangat memahami diri Lara.


Lara mempunyai seorang abang iaitu Luqman Aliff (Luke). Perkahwinan Lukman Alif dengan Sabrina mencetuskan konflik antara Lara dan kakak iparnya itu yang digambarkan sebagai seorang yang materialistik serta curang. Lara amat tidak sebulu dengan beliau apatah lagi selepas Sabrina sama-sama bekerja di syarikat Lara. Sabrina mempunyai hubungan intim dengan Zakuan.


Peristiwa Lara diperkosa oleh Zakuan telah membawa kepada pernikahan Lara dan Zafir. Ketika mengandung muncul pula kekasih lama Zafir, Tengku Farah yang membawa kepada pernikahan mereka berdua. Kemuncak cerita Zafir terpaksa berpisah dengan Lara atas desakan Farah.


Bukan Puteri Lindungan Bulan

Episod: 40

Tarikh Tayangan: Mac 2023

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3

Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar

Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)

Produksi: Global Station Sdn Bhd

Pelakon: Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Nasz Sally, Danish Iskandar


Watak Pelakon

Janna Nick sebagai Lara

Hisyam Hamid sebagai Zafir

Amar Baharin sebagai Zakuan

Niena Baharun sebagai Farah

Afifah Nasir sebagai Sabrina

Shah Iskandar sebagai Lukman

Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza

You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.