Sinopsis Demi membayar hutang, Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya. Namun, kerana asyik dikejar ah...
Sinopsis
Mengisahkan tentang percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa Adellea berdasarkan jurang harta dan kekayaan.
Demi cintanya, Adellea sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya dan mengkhianati pilihan keluarganya untuk melayari bahtera perkahwinan dengan jejaka miskin yang tidak mempunyai status sosial yang tinggi.
Segalanya mula berubah apabila bapanya, Tuan Aziz jatuh sakit dan memerlukan perhatian. Nekad untuk menebus kesalahannya, Adellea kembali ke pangkuan keluarga bersama suaminya.
Namun kepulangan Adellea mengundang seribu satu dugaan termasuk kancah pendustaan yang terjadi di antara suaminya dengan sahabat baiknya, Eyra yang menyimpan perasaan cinta terhadap Zayn selama ini.
Situasi menjadi lebih tegang dengan kehadiran Daniel yang ingin membalas dendam atas perbuatan Adellea terhadapnya.
Dengan pelbagai dugaan mendatang, mampukah Adellea mengharungi segalanya dan menyelamat perkahwinan yang telah menjadi nadi hidupnya buat sekian lama?
Isteri Halal
Episod: 60
Tarikh Tayangan: 27 Februari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petan
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Penulis Skrip: Suzanna Zaily Zin, Shaza Talib, Pahzai Al-Khaired
Pengarah: Uchee Fukada
Produksi: Radius One Sdn Bhd
Watak Pelakon
Isyariana Che Azmi sebagai Adellia
Aidit Noh sebagai Zayn
Uqasha Senrose sebagai Eyra
Nazim Othman sebagai Daniel
Sharmaine Farouk sebagai Suraya
Sahronizam Noor sebagai Aziz
Qazem Nor sebagai Arif
Shahidan Izwan sebagai Aqil
Nazzaty Rusli sebagai Juliza
Aishah Atan sebagai Mak Pah
Isaac Iman sebagai Adrian
Zarif Ghaz sebagai Zahir
Elly Suhaili sebagai Fauziah
Rasya Dean sebagai Thalia
Amylea sebagai Noor
Amirul Asyhwad sebagai Nabil
Faizul Syaharin sebagai Ridwan
Sinopsis Mengisahkan tentang percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa Adellea berdasarkan jurang harta dan kekayaan. ...
Sinopsis
Cinta Dahlia dikhianati bila Azmir meninggalkannya untuk tinggal bersama isteri barunya, Kyra. Anak Dahlia yang baru lahir turut diambil sebagai pengganti kepada arwah anak Kyra menyebabkan Dahlia kesedihan. Dahlia merancang untuk membalas dendam dan musnahkan kebahagiaan Azmir.
Derhaka Sebuah Cinta
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 6 Februari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO / Sooka
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Watak Pelakon
Aaron Aziz sebagai Azmir
Zara Zya sebagai Dahlia
Intan Ladyana sebagai Kyra
Nazrief Nazri sebagai Naufal
Sabhi Saddi sebagai Doktor Izzudin
Nada Nursyuhada sebagai Junita
Sahronizam Noor sebagai Dato Norman
Farisha Irwayu sebagai Datin Karmila
Zulkifli Ismail sebagai Haji Tahir
Alessya sebagai Qaliha
Sinopsis Cinta Dahlia dikhianati bila Azmir meninggalkannya untuk tinggal bersama isteri barunya, Kyra. Anak Dahlia yang baru lahir turut ...
Sinopsis
Berkisarkan tentang dua beradik, Fakri dan Naim yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak dan bertemu semula di Kolej Ungku Dramat (KUDRAT), sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Mereka berdua memasuki gelanggang "Pilihanraya", sebuah pertandingan tradisi yang dilangsungkan secara sulit dan diseliakan oleh "High Council". Pemenang "Pilihanraya" akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT.
Demi niat untuk berubah pada usia 15 tahun, Fakhri iaitu seorang pelajar yang bijak tetapi sering terlibat dalam pergaduhan, telah diterima untuk memasuki sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Namun, apabila Fakhri merungkai rahsia di sebalik tradisi sekolah tersebut, secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin memanjat heiraki High Council.
Nekad untuk menghentikan segala ketidakadilan dan salah guna kuasa yang berlaku di kalangan pelajar, Fakhri memasuki gelanggang ‘plihanraya’, pertandingan yang dilangsungkan secara sulit untuk menentukan ‘kepala’ di sekolah tersebut. Walaupun dia tahu pilihannya itu bakal berhadapan dengan sesuatu yang terlalu sukar buatnya, berjayakah Fahkri merebut takhta menjadi ‘kepala’? Apakah yang kesukaran yang bakal dia depani demi mencapai matlamatnya?
Projek: High Council
Episod: 10
Tayangan di Astro Go: 14 Januari 2023
Tayangan di Astro Ria: 23 Januari 2023
Penulis Skrip: Anwari Ashraf
Pengarah: Anwari Ashraf & Zulaikha Zakaria
Produksi: Pasal Productions Sdn Bhd
Lagu OST:
Kudrat - Naim Daniel & SOG
Test Drive - Firdaus Rahmat
Watak Pelakon
Mierul Aiman sebagai Fakhri
Nadhir Nasar sebagai Naim
Amir Ahnaf sebagai Kahar
Naim Daniel sebagai Ayam
Kahoe Han sebagai Jayden
Ameer Asyraf sebagai Fahmi
Yusof Hashim sebagai Amerr
Fazziq Muqris sebagai Zahrin
Sathis Varan sebagai Prakash
Fadhli Masoot sebagai Hakeem
Hazeeq Dean sebagai Ariz
Daiyan Trisha sebagai Mia
Ben Tan sebagai Mr Sin
Sazzy Falak sebagai Puan Faniza
Sinopsis Berkisarkan tentang dua beradik, Fakri dan Naim yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak dan bertemu semula di Kolej U...
Sinopsis
"Tidak namanya jantan la kalau tak pernah pecah masuk asrama perempuan!" Kata-kata Borhan bak belati yang membelah ke dada Akhil. Borhan satu-satunya pelajar lelaki yang pernah berjaya memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Akhil menyahut cabaran Borhan dan mengumpulkan tiga teman baiknya, Mat Piah, Widad dan Cupin untuk satu misi berani mati. Mencuri baju dalam wanita yang paling cantik di sekolah. Dan ianya sudah tentulah Zakiah Merican. Gadis tercantik di sekolah yang membuatkan hati para pelajar lelaki bergoncangan.
Masuk seperti seekor lipas tanpa dapat dikesan. Keluar seperti seekor tikus yang menyusup bak halimunan. Plan disusun rapi untuk masuk pada malam hari karnival. Namun perancangan yang bermula dengan lancar bertukar sebaliknya. Satu persatu kekacauan mula mengundang petaka saat kaki melangkah masuk ke dalam asrama wanita.
Malam yang sepatutnya menjadi sejarah yang manis menjadi sebuah malam yang panjang. Malam yang penuh naharam!
Budak Hostel Otaknya Sewel
Episod: -
Tarikh Tayangan: 2023
Rangkaian: Astro Ria
Pengarah: Mr Labu
Produksi: Radius One
Watak Pelakon
Tuah Adzmi sebagai Akhil
Izz Ilham sebagai Cupin
Baihaq Majid sebagai Mat Piah
Adam Eji sebagai Widad
Amelia Christie sebagai Zakiah Merican
Zarul Imran sebagai Borhan
Ahmad Amim sebagai Adam
Azhan Rani sebagai Cikgu Marzooki
Sharnaaz Ahmad sebagai Cikgu Danial
Adzim Hariz sebagai Ghani
Amsyar Aziz sebagai Munawir
Aya Amiruddin sebagai Balkis
Sinopsis "Tidak namanya jantan la kalau tak pernah pecah masuk asrama perempuan!" Kata-kata Borhan bak belati yang membelah ke d...
Sinopsis
Mengisahkan tentang kisah rumah tangga tiga pasangan- Dr. Alia dan Hisyam, Hanna dan Adam serta Sumaiyyah dan Azlan. Ketiga-tiga pasangan ini akan berdepan dengan kisah yang berbeza. Sumaiyyah dan Azlan berdepan dengan kisah kecurangan Azlan yang dilakukan secara terang terangan sehingga Sumaiyyah jadi tawar hati dengan suaminya itu. Hanna pula berdepan dengan ibu mertua yang mengongkong anaknya sehingga berlaku penceraian. Hanna dan Sumaiyyah akhirnya bertemu dengan Dr Alia, iaitu seorang “Marriage Counselor” yang dikenali ramai untuk membantu mereka berhadapan dengan masalah mereka itu. Tapi apa yang orang tidak tahu, Dr Alia juga juga berhadapan dengan masalah sendiri apabila dia dimadukan tanpa pengetahuannya.
Dr. Alia Maisarah dan suaminya, Hisyam adalah “power couple” yang sering dijadikan contoh kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga. Selepas 20 tahun berkahwin, Alia dapat tahu yang Hisyam sudah 3 tahun berkahwin dengan Fatin, salah seorang pekerja di syarikat milik Hisyam. Setelah mendapat tahu tentang hal tersebut, Alia pada mulanya cuba untuk berlagak kuat tapi sebenarnya dia tidak.
Alia mula menyalahkan dirinya sendiri dan dia juga malu dengan klien dan followers – nya. Dia yang selama memberikan tips rumah tangga kini berhadapan dengan poligami yang dia tak sendiri tak tahu. Alia cuba untuk menerima keadaan tersebut tapi dia tetap tidak boleh menerima.
Pada masa yang sama, Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz adalah pasangan pelakon popular yang berkahwin selepas 5 tahun bercinta. Mereka adalah pasangan yang sangat bahagia di mata masyarakat tapi sebenarnya tidak.
Keluarga Adam tidak menyukai Hanna kerana mereka sebenarnya mahu Adam untuk berkahwin dengan orang lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Fareeda, ibu Adam untuk memisahkan pasangan ini sehingga menyebabkan Hanna bengang.
Adam hampir termakan dengan hasutan ibunya tapi Hanna cadangkan kepada Adam untuk berjumpa dengan marriage counsellor den untuk memperbaiki hubungan mereka. Walaupun bertemu dengan kaunselor, perkahwinan mereka tetap tidak dapat diselamatkan.
Nikah Cerai Rujuk
Episod: 24
Tarikh Tayangan: 26 Disember 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro Go
Pengarah: Haji Azman Haji Yahya (Jinggo) & Uzair Haqimy
Produksi: JS Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Dynas Mokhtar, Eizlan Yusof, Shaza Bae, Halim Radzi, Noorkhiriah, Zarul Umbrella, Nasz Sally, Mimi Ernida, Zizi Hazirah, Zarina Zainuddin, Sahronizam Noor, Alif Hadi, Amanda Amry, Tengku Zara, Salina Saibi, Mimie Ara
Watak Pelakon
Dynas Mokhtar sebagai Dr. Alia Maisarah
Eizlan Yusof sebagai Hisyam
Shaza Bae sebagai Hanna Zulaikha
Halim Radzi sebagai Adam Hafiz
Noorkhiriah sebagai Sumaiyyah
Zarul Umbrella sebagai Azlan
Nasz Sally sebagai Rozie
Mimi Ernida sebagai Fatin
Sinopsis Mengisahkan tentang kisah rumah tangga tiga pasangan- Dr. Alia dan Hisyam, Hanna dan Adam serta Sumaiyyah dan Azlan. Ketiga-tiga...
Sinopsis
Kisah cinta tahun 1999 tentang sepasang remaja, Akim dan Mira yang saling mencintai namun diuji dengan pelbagai ranjau dan dugaan hanya kerana mereka adalah pasangan budak jahat dan pelajar bermasalah.
Akim & Mira - Kisah Cinta 1999
Tarikh Tayangan: 21 Disember 2022
Waktu Siaran: Rabu, 9:30 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Adam Lee sebagai Akim
Mimi Lana sebagai Mira
Amir Ahnaf sebagai Ejoi
Mierul Aiman sebagai Naufal
Kimberly Chuah sebagai Phoebe
Fadlan Hazim sebagai Jebat
Saif Yunuz sebagai Bush
Kween Keela sebagai Laila
Meor Mohd sebagai Naga
Ku Fridah sebagai Opah
Mahmud Alibashah sebagai Datuk Malik
Sinopsis Kisah cinta tahun 1999 tentang sepasang remaja, Akim dan Mira yang saling mencintai namun diuji dengan pelbagai ranjau dan dugaan...
Sinopsis
Mohd Kasim dibesarkan oleh ayahnya Abdul Jabar sebagai anak tunggal. Dia dikejutkan apabila ayahnya memberitahu tentang rahsia yang disimpan selama 50 tahun lamanya. Abdul Jabar mempunyai anak dari tiga isteri yang terdahulu. Nama mereka bermula dengan Abdul sedang dia Mohd, tambah pula perangai setiap mereka tidak saperti yang Mohd Kasim harapkan.
Disebabkan Jabar tidak mempunyai masa yang lama lagi untuk hidup, Abdul Jabar mula berfikir untuk membahagikan harta pusaka miliknya. Robin dan Hamidon telah diarahkan untuk mencari Somad, Hakim dan Wasit.
4 Abdul 1 Mohd
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 24 Januari 2021
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria
Penulis Skrip: Sabri Yunus
Pengarah: Sabri Yunus
Produksi: Porcupine Production, Heritage Movies
Watak Pelakon
Sabri Yunus sebagai Abdul Jabar, Abdul Wasit, Abdul Somad, Abdul Hakim
Angeline Tan sebagai Yyuen
Asrul Faizal sebagai Kasim
Cik Man (PU Azman) sebagai Salam
Brian Chan sebagai Robin
Saidi Sabri sebagai Jabar Muda
Issey Fazlisham sebagai Musa
Azizul Ammar sebagai Hamidon
Norra Nor sebagai Nora
Unku Hanafi Harun sebagai Pak Nik
Sinopsis Mohd Kasim dibesarkan oleh ayahnya Abdul Jabar sebagai anak tunggal. Dia dikejutkan apabila ayahnya memberitahu tentang rahsia ...
Sinopsis
Mengisahkan seorang playboy bernama Malik (Ikmal Amry) yang diburu oleh bekas teman wanitanya, Bella (Elizabeth Tan) kerana bermain kayu tiga. Malik terkejut apabila mengetahui Bella sebenarnya ialah seekor pontianak dan dia mendapatkan bantuan Suraya (Raysha Rizrose), seorang pemburu pontianak yang mempunyai misi tersendiri untuk menghapuskan pontianak jahat seperti Bella yang cuba mengumpul kuasa baharu.
Ex Aku Pontianak
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 19 Januari 2022
Waktu Siaran: Rabu, 9:30 malam
Rangkaian: Astro Ria - Gempak Original Series
Skrip: Anwar Hadi, Shamaine Othman, Suzanne Ong, Akmal Nahar
Pengarah: Shamyl Othman
Produksi: Red Communications
Watak Pelakon
Ikmal Amry sebagai Malik
Elizabeth Tan sebagai Bella
Raysha Rizrose sebagai Suraya
Alicia Amin sebagai Jay
Maya Hanum sebagai Fifi
Fikhree Bakar sebagai Zhafran
Arwan sebagai Joe
Nabil Zakaria sebagai Amran
Fatimah Abu Bakar sebagai Mak Suraya
Datuk Malek Noor sebagai Bapa Suraya
Sinopsis Mengisahkan seorang playboy bernama Malik (Ikmal Amry) yang diburu oleh bekas teman wanitanya, Bella (Elizabeth Tan) kerana berm...
SINOPSIS
Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z.
Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda 'tak berperasaan', perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka 'tuan' yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah!
Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba.
Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu 'tiket' untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama.
"Kalau ini yang terbaik untuk kau dan aku, then let's love each other. Tapi sekali kau datang pada aku dengan cinta, selama-lamanya kau tersekat bersama aku. I will never let you go, I promise." ~Anaqi
Tapi, mudahkah perjalanan mereka semudah melafaz satu janji?
JUDUL : I PROMISE JANJI ANAQI
TARIKH TAYANGAN : 6 Disember 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11:00 malam
RANGKAIAN : Astro Ria 104
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Hadith Omar
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Talha Harith, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Ferqisha, Alicia Amin, Isaac Iman
WATAK PELAKON
Sharnaaz Ahmad sebagai Anaqi
Emma Maembong sebagai Hayla
Talha Harith sebagai Zafran
SINOPSIS Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganas...
SINOPSIS TIKAM
Kegiatan songlap sekumpulan pekerja membuahkan hasil yang lumayan tapi siapa sangka ada pembelot dalam kumpulan, adakah nyawa melayang kerana kecewa atau ada yang main tikam belakang?
JUDUL : TIKAM
EPISOD : -
TARIKH TAYANGAN : 3 November 2021
WAKTU SIARAN : Rabu, 9.30 malam
RANGKAIAN : Astro Ria - Gempak Original Series
PENGARAH : Michael Ang & Hadith Omar
PELAKON : Fahrin Ahmad, Ben Amir, Michael Ang, Intan Najuwa, Jasmin Hamid, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Josiah Lim
WATAK PELAKON
Fahrin Ahmad sebagai Shahrol
Ben Amir sebagai Nik Johan
Michael Ang sebagai Mike
Intan Najuwa sebagai Akma
Jasmin Hamid sebagai Madam Joan
Ellyas Abdullah sebagai Sab
Josiah Lim sebagai Ed
SINOPSIS TIKAM Kegiatan songlap sekumpulan pekerja membuahkan hasil yang lumayan tapi siapa sangka ada pembelot dalam kumpulan, adakah nya...
SINOPSIS
Mengisahkan tentang adik-beradik kembar iaitu Nuh dan Hud yang mempunyai deria keenam dan cuba menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan sihir yang mengganggu orang di sekeliling mereka.
JUDUL : SIHIR
EPISOD : 20/32
TARIKH TAYANGAN : 1 November 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11:00 malam
RANGKAIAN : Astro Ria
IDEA ASAL : Syawal Azrai, Srikandi Emma
PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Rahim Ramli, Michelle Yoon, Qawiem Hamizan, Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang, Kamal Adli, Hun Haqeem, Azmir Affandi
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Hun Haqeem, Farah Ahmad, Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Fiza Thomas, Zarynn Min, Dilla Ahmad, Mak Wan Ju, Ellyas Abdullah, Katalina, Afiq Rahem, Faha Azhar
WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Nuh
Hun Haqeem sebagai Hud
Zarul Husin sebagai Ustaz Ayub
SINOPSIS Mengisahkan tentang adik-beradik kembar iaitu Nuh dan Hud yang mempunyai deria keenam dan cuba menyelesaikan kes-kes berkaitan d...