SINOPSIS RACUN SUAMI JAHANAM Suraya adalah seorang gadis kampung yang naif dan bakal menempuh hari-hari bahagia apabila Hazrul masuk me...
SINOPSIS MISTERI BILIK BAWAH
Akibat selalu mendapat mimpi yang pelik-pelik dan gangguan mistik yang berterusan , Zalika mengesyaki bilik bawah yang berkunci dan dilarang daripada membukanya oleh ayah mentuanya itu mempunyai kaitan dengan gangguan yang dialami. Arman tidak percaya dengan cerita Zalika sehingga berlakunya perselisihan faham antara mereka berdua. Selepas rahsia terbongkar ketika majlis tahlil dan doa selamat berlangsung, barulah Arman mempercayai segala kata-kata isterinya itu.
JUDUL : MISTERI BILIK BAWAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 18 Januari 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Rohaidah Haron
PENGARAH : Khairul Anuar Mat Noor
PRODUKSI : ZK Creative Productios Sdn Bhd
PELAKON : Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa, PU Rizz, Nisha
SINOPSIS MISTERI BILIK BAWAH Akibat selalu mendapat mimpi yang pelik-pelik dan gangguan mistik yang berterusan , Zalika mengesyaki bil...
SINOPSIS HAJAT
Kisah seorang cucu yang cuba untuk menunaikan hajat datuknya. Ajat merungkai kasih seorang cucu kepada datuknya yang lama tersisih. Aizat berusaha untuk menyempurnakan 5 hajat istimewa datuknya hanya untuk melihat datuknya kembali tersenyum walaupun mendapat tentangan ayahnya.
JUDUL : HAJAT
TARIKH / MASA : Sabtu, 14 Oktober 2017, 9.00 malam
SIARAN : Astro Citra 131 & Mustika HD 134
PENGARAH : Nik Amir Mustapha & Ikmar Sarbini
TERBITAN : Lumatic Film
PELAKON : Syafie Naswip, Nasir Bilal Khan, Roy Azman, Aloy Paradoks, Jay Iswazir
SINOPSIS HAJAT Kisah seorang cucu yang cuba untuk menunaikan hajat datuknya. Ajat merungkai kasih seorang cucu kepada datuknya yang la...
SINOPSIS PENTAS HAIWAN
seorang guru sementara, Cikgu Mona Lisa (Nad Zainal) yangmengajar kanak-kanak pendidikan khas berdepan cabaran daripada Guru Besar dan orang sekeliling. Apakah yang sanggup dilakukan oleh seorang guru untuk membela nasib murid-muridnya?
JUDUL : PENTAS HAIWAN
TARIKH / MASA : Sabtu, 30 September 2017, 9 malam
SIARAN : Astro Citra 131 & MustikaHD 134
PENGARAH : Rashid Sibir / Muhammad Haffez Amin
TERBITAN : Operak Klasik Sdn Bhd
PELAKON : Nad Zainal, Amar Bahrin, Sabri Yunus, Nik Adam Mika, Syanie, Dato Rahim Razali, Norlia Ghani, Elanie, Aneesa Sofea
SINOPSIS PENTAS HAIWAN seorang guru sementara, Cikgu Mona Lisa (Nad Zainal) yangmengajar kanak-kanak pendidikan khas berdepan cabaran da...
SINOPSIS DOSA PEREMPUAN
Nik baru sahaja menyelesaikan sebuah kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Daud. Daud dituduh bersalah membunuh dengan niat. Sekiranya Daud didapati bersalah, dia akan menerima hukuman gantung sampai mati. Kes pembunuhan Daud terhadap rakannya sendiri, Azali menerima kutukan daripada masyarakat. Suatu hari Nik terpaksa meninggalkan rumah untuk beberapa minggu atas urusan pekerjaan. Suraya dan anak mereka, Aimi menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah Suraya berkenalan dengan Tasha di sebuah pasaraya. Nik mula rasa tidak sedap hati memikirkan keselamatan keluarganya. Aimi memberitahu yang dia tidak sukakan Tasha kerana Tasha agak pelik. Pada masa yang sama, Daud masih lagi mendiamkan diri dan tidak mahu membantu siasatan polis. Baginya, sekiranya pihak polis mahu jawapan sebenar, Daud boleh meminta pihak polis untuk membawa kekasihnya sebagai saksi. Pihak polis mula membuat pencarian tentang kekasih Daud. Siapakah pembunuh Azali yang sebenar?
JUDUL : DOSA PEREMPUAN
TARIKH / MASA : Sabtu, 23 September 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah, Aaidit Noh, PU Rizz, Duerra Mitilda, Hairi Safwan, Fizi Amer
SINOPSIS DOSA PEREMPUAN Nik baru sahaja menyelesaikan sebuah kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Daud. Daud ditudu...
SINOPSIS NUR 3 PAGI
Nur Jannah dan ibu bapanya telah berpindah ke kampung halaman setelah lama menetap di ibu kota. Di kampungnya, dia telah berkenalan dengan Fariz. Setelah beberapa lama berkenalan, mereka bertunang. Beberapa minggu selebum perkahwinannya, Nur sering terjaga tepat pada pukul 3 pagi. Fariz akan menasihatinya untuk solat tahajud dan berselawat. Suatu hari, Fariz telah mengalami kemalangan semasa berada di dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Nur. Nur masih terjaga setiap pukul 3 pagi dan tidak dapat melelapkan mata. Nur telah mencoretkan kisahnya dalam blog yang diberi nama Nur 3 Pagi. Cerita dalam blog Nur akhirnya sampai ke bacaan Abdul Hayy. Abdul Hayy rupa-rupanya ayah kandung Nur. Dia telah berjumpa dengan Nur dan keluarga angkatnya untuk menceritakan kisahnya. dan terbongkar kebenaran bahawa Fariz itu merupakan saudara susuan Nur. Adakah Nur dapat menerima dengan kesemua infomasi baharu tentang dirinya sendiri?
JUDUL : NUR 3 PAGI
TARIKH / MASA : Jumaat, 22 September 2017, 10 malam
SIARAN : TV3 (Istimewa Awal Muharram)
SKRIP : Mama Bella
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Azira Shafinaz, Syafiq Kyle, Abdul Rashid Jaafar, Rahim Jailani, Kamal Sumbu
SINOPSIS NUR 3 PAGI Nur Jannah dan ibu bapanya telah berpindah ke kampung halaman setelah lama menetap di ibu kota. Di kampungnya, dia ...
SINOPSIS THE BERLIAN JOB
Kisah 2 sahabat yang membuka kedai kopi namun sebenarnya mereka adalah penyiasat persendirian. Mereka mendapapat tugasan dari seorang anak Datuk untuk mencuri berlian kepunyaan ayahnya.
JUDUL : THE BERLIAN JOB
TARIKH / MASA : Sabtu, 23 September 2017, 9.00 malam
SIARAN : Astro Citra 131 & Astro Mustika HD 134
PENGARAH : Rashid Sibir
PELAKON : Eman Manan, Nasir Bilal Khan, Elizabeth Tan, Syukri Yahya, Zaidi Omar
SINOPSIS THE BERLIAN JOB Kisah 2 sahabat yang membuka kedai kopi namun sebenarnya mereka adalah penyiasat persendirian. Mereka mendapapa...
SINOPSIS AKU MAHU HIDUP
Kisah tertumpu kepada tiga beradik iaitu Kadir, Umi and Amir yang hidup berdikari setelah kematian nenek mereka dan kisah hitam keluarga mereka yang tersimpan dihati Kadir.
JUDUL : AKU MAHU HIDUP
TARIKH / MASA : Isnin, 25 September 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Raja Azrey
PENGARAH : Raja Mukhriz
TERBITAN : Eleven Field Sdn Bhd
PELAKON : Hanis Kamal Bakar, Eyra Hazali, Fikri Fitri, Kodi Rasheed, Eizlan Yusof, Nabila Asykin, Michael Ang, Sharifah Shahora
SINOPSIS AKU MAHU HIDUP Kisah tertumpu kepada tiga beradik iaitu Kadir, Umi and Amir yang hidup berdikari setelah kematian nenek mereka ...
SINOPSIS KAYUHAN KASIH AYAH
Kisah Yatim, seorang yang lurus bendul, dan menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunakan basikal beroda tiga. Suatu hari, Yatim terlihat perpisahan yang menyayat hati antara Rizqi dengan ibu dan adiknya yang terpaksa dihantar ke sebuah rumah anak-anak yatim. Sejak itu, Yatim mendermakan wang simpanannya dan bekerja dengan lebih keras.
Di sekolah, Rizqi bersahabat dengan Danial yang merupakan anak kepada Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi. Iskandar melarang perbuatan Danial kerana dia menganggap rezekinya hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain. Namun pada suatu hari, Iskandar bertanyakan Yatim tentang pergorbanannya terhadap anak-anak yatim itu. Bagi Yaim, setiap perkongsian dan pertemuannya dengan anak-anak yatim itu bagaikan puncak kegembiraan dan kebahagiaan hidup mereka. Adakah Iskandar akan insaf?
JUDUL : KAYUHAN KASIH AYAH
TARIKH / MASA : Sabtu, 16 September 2017. 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Jo Sidek
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Aniq Communication Sdn Bhd
PELAKON : Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail
SINOPSIS KAYUHAN KASIH AYAH Kisah Yatim, seorang yang lurus bendul, dan menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunakan basikal berod...
KAKAK IPARKU MEMANG WIN
Irfan tidak sabar menunggu kedatangan bakal kakak iparnya iaitu Siti, isteri kepada abangnya Ardi. Irfan terperanjat apabila kak Siti tidak seperti yang dibayangkan. Siti mempunyai perawatakan yang berlainan. Tiga abangnya yang lain sudah berkahwin dan kakak iparnya yang lain boleh dikatakan mempunyai pekerjaan yang bagus berbanding Siti. Tetapi Siti pandai membawa diri, rajin, suka tinggal di kampung dan pandai melayan kerenah Opah, tidak seperti kakak iparnya yang lain.
JUDUL : KAKAK IPARKU MEMANG WIN
TARIKH / MASA : Isnin, 18 September 2017. 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : Ansar Creative Media Sdn Bhd
PELAKON : Aliff Aziz, Nur Risteena Munim, Kuza, Muntazar Ghani, Adriana Fareesha, Annees Sofea, Aishah Azman, Amin Rahim
KAKAK IPARKU MEMANG WIN Irfan tidak sabar menunggu kedatangan bakal kakak iparnya iaitu Siti, isteri kepada abangnya Ardi. Irfan terper...
SINOPSIS NEGARAKU 16 SEPTEMBER
Mengisahkan antara seorang pemimpin pribumi Murut yang diminta oleh Donald Stephen untuk memujuk beberapa orang pemimpin pribumi untuk memberi sokongan kepadanya untuk Sabah menyertai pembentukan Malaysia.
Tentangan datang antaranya dari Sangau dan Mori yang menghasut orang-orang kampung supaya tidak menyokong pembentukan Malaysia. Bagaimanapun dengan pertolongan Cikgu Omar seorang guru dari KL akhirnya pemimpin itu menyertai pembentukan Malaysia adalah masa depan yang baik untuk Sabah.
JUDUL : NEGARAKU 16 SEPTEMBER
TARIKH / MASA : Sabtu, 16 September 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Citra Exclusive (Astro Citra 131 & MustikaHD 134)
SKRIP : Marlin Malalin
PENGARAH : Dato Jurey Latiff Rosli
TERBITAN : World Evolution Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel ,Dato’ T. S. Jeffry, Yus Waisar, Melanie Tan, Marlin Malalin, Rodih Madun, Sharon Kung, Lydia De Sal (Dewi Remaja Sabah)
Telefilem Negaraku 16 September (2017)
SINOPSIS NEGARAKU 16 SEPTEMBER Mengisahkan antara seorang pemimpin pribumi Murut yang diminta oleh Donald Stephen untuk memujuk beberapa...
SINOPSIS MAHRAM
Saleha sudah lama menyimpan impian untuk menunaikan haji. Saleha sanggup menyimpan untuk suaminya. Tanpa Zamarul, Saleha tidak dapat pergi ke tanah suci memandangkan Zamarul merupakan mahramnya.
Namun tanpa pengetahuan Saleha, Zamarul kembali menjalinkan perhubungan dengan bekas kekasihnya, Amyra. Zamarul juga turut menggunakan duit simpanan tabung hajinya untuk membeli kereta baru.
JUDUL : MAHRAM
TARIKH / MASA : Isnin, 4 September 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Shahremy Ikmal
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Sha's Media Sdn Bhd
PELAKON : Izreen Azminda, Ashraf Muslim, Fauzi Nawawi, Tania Hudson
SINOPSIS MAHRAM Saleha sudah lama menyimpan impian untuk menunaikan haji. Saleha sanggup menyimpan untuk suaminya. Tanpa Zamarul, Saleha...