,

Drama Kau Cipta Kasih (2022)

11:58 PM

 


Sinopsis 

Kisah bagaimana empat adik beradik yang menjadi mangsa kezaliman keluarga yang pincang.


Seorang hidup dengan tempang menjadikan ia sering dihina dan menyusahkan.


Seorang lagi memikul bebanan keluarga setelah ibunya melepaskan tanggungjawabnya.


Ada yang membawa diri ke luar negara. Walaupun kecewa dengan keluarganya, namun ia bercita-cita untuk merasa bahagia dengan adik beradiknya.


Masihkan ada peluang untuk mereka mengecap bahagia?


Idris - Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.


Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.


Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!


Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...


Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?


Kau Cipta Kasih

Episod: 15

Tarikh Tayangan: 13 Januari 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3

Novelis: Azilah Wahab

Skrip: Azlina Din, Azilah Wahab

Pengarah: Nazir Jamaludin

Produksi: Ansar Creative Media

Pelakon: Nazim Othman, Uyaina Arshad, Amanda Amry, Fify Azmi, Nafiz Muaz, Amanda Amry, Sherie Merlis, Sahronizam, Marissa Yasmin, Dilla Ahmad, Norlia Ghani, Mustapha Kamal, Ikhram Juhari, Nynaa Harizal, Izuan Razali


Watak Pelakon

Nazim Othman sebagai Afiq

Uyaina Arshad sebagai Khadijah

Amanda Amry sebagai Hasnah

Nafiz Muaz sebagai Idris

Fify Azmi sebagai Ramlah

Ikhram Juhari sebagai Haris

Nynaa Harizal sebagai Nelly

Izuan Razali sebagai Rashid

You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.