,

Drama Shakira (2022)

11:56 PM

 


Sinopsis

Kehidupan Shakira (Janna Nick) dan Hanisah (Nada Nursyuhada) bukan mudah sejak dari kecil. Dua beradik yatim piatu menumpang teduh di rumah Makcik Aida (Marisa Yasmin), adik tiri arwah ibu mereka yang tamak, pentingkan diri sendiri dan sanggup buat apa saja demi mendapatkan harta peninggalan arwah ibu bapa mereka. 


Selepas Hanisah tamat pengajian dan baru mula bekerja, dia telah bercinta dengan Zakuan (Wan Raja). Walaupun hanya dua bulan berkenalan, Hanisah telah berkahwin dengan Zakuan atas rancangan Makcik Aida. Makcik Aida mempergunakan Zakuan yang juga anak saudaranya memujuk Hanisah menyerahkan duit simpanan yang sepatutnya diguna untuk biayai pengajian Shakira di universiti kepada Zakuan. 


Apabila Shakira mendapat tahu duit itu telah dijadikan modal perniagaan Zakuan, dia mula menjadi buskers untuk membiayai yurannya. Zakuan terjerumus dengan kegiatan berjudi dan berhutang keliling pinggang. Sejak itu, Hanisah mula mengalami gangguan mental. Shakira terpaksa berhenti belajar dari kolej dan menjadi buskers sepenuh masa dengan kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai oleh Irdi (Khai Bahar). 


Satu hari, Shakira ditawarkan untuk menyanyi bersama-sama live band di sebuah resort baharu. Irdi menyokong keputusan Shakira. Dalam diam, Irdi menyukai Shakira tapi dia tidak mampu meluahkan isi hatinya. Irdi masih dibelunggui rasa bersalah atas kematian arwah isterinya. 


Dalam diam, Shakira juga semakin rapat dengan Amir (Shukri Yahaya). Amir seorang lelaki yang nampak serius tetapi berubah menjadi ceria setelah berkenalan dengan Shakira. Dia bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat sendiri. Empat tahun yang lalu, Amir patah hati setelah ditinggalkan oleh tunangnya, Anita. Pada mulanya, Amir tidak menyukai pemuzik jalanan kerana benci akan abang iparnya, Irdi. Demi Shakira, Amir mula mengubah pandangannya itu. 


Shakira

Episod: 28

Tarikh Tayangan: 5 Januari 2022

Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Penulis Skrip: Zarihah Hassan, Zuraida Ramli

Pengarah: Idora Abdul Rahman

Produksi: Wiranusa Corporation


Watak Pelakon

Janna Nick sebagai Shakira 

Shukri Yahaya sebagai Amir

Khai Bahar sebagai Irdi

Syerinie Myra sebagai Anita

Ikhwan Khairudin sebagai Shidi

Nada Nur Syuhada sebagai Hanisah

Wan Raja sebagai Zakuan

Marisa Yasmin sebagai Makcik Aida

Edika Yusof sebagai Tuan Rizal

Ramona Zamzam sebagai Kartini

Wan Nor Azlin sebagai Kalsom

Melissa Wafa sebagai Yanie

Fathil Dani sebagai Dani 

Halimah Naim sebagai Mak Leha 

Aishah Sudin sebagai Kak Zah


Lagu Tema 

Lagu: Demi Cinta Ini 

Artis: Tomok & Fatin Afeefa 

Komposer & Lirik: Afiez & Tomok

You Might Also Like

0 Comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.