Sinopsis Limbai Cinta 2 Mengangkat kisah perjuangan pahlawan Bajau dan Dusun mempertahankan tanah air mereka daripada tergadai. Mastur mem...
Sinopsis
Tiga sahabat, Aiman, Rizal dan Haqiem yang berasal dari kampung yang sama ingin berjuang bagi menggapai mimpi dalam industri muzik. Di sebalik impian yang ingin mereka kecapi, pelbagai halangan dan cabaran yang perlu mereka hadapi.
Aiman (Ezzrin Loy) sering terasa hati apabila dibandingkan oleh ibu bapanya, Encik Harun dan Puan Raihan dengan kejayaan yang telah dicapai oleh abang dan kakaknya. Aiman tidak dapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapanya apabila memilih untuk menceburi bidang muzik. Ibu bapanya menganggap Aiman telah membuat keputusan yang salah. Sejak Aiman dituduh mencuri di tempat kerjanya, Aiman telah bertengkar dengan ibu bapanya lalu dia mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya.
Rezal (Ariff Bahran) merupakan seorang yang berbakat menulis puisi dan lirik tetapi seringkali tidak menepati harapan bapanya, Razman yang merupakan seorang guru muzik dan penyanyi rap. Rezal adalah kawan baik kepada Aiman dan mereka berdua bersetuju untuk membawa diri ke Kuala Lumpur untuk melakar nama dalam industri muzik dengan kumpulan ‘Kami Budak Band’.
Haqiem (Kucaimarz) yang juga rakan sekampung mereka, kagum dengan kebolehan yang ada pada Aiman dan Rezal. Haqiem nekad untuk mengajak mereka bergabung membentuk kugiran bersama. Apabila mendapat tahu yang Aiman dan Rezal akan ke Kuala Lumpur, Haqiem bersedia untuk menurut jejak langkah mereka.
Berjayakah tiga sahabat ini menghadapi segala konflik di ibu kota? Dapatkah mereka mengukir nama ‘Kami Budak Band’ dalam industri muzik tanah air?
Kami Budak Band
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 18 Februari 2023
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9 malam
Rangkaian: Lestary TV3
Skrip: Azril Hamzah, Amin Shakib, Amar Amir
Pengarah: Helmi Yusof
Produksi: Suhan Movies & Trading
Lagu OST: Sayonara - Ezzrin Loy, Kucaimarz, Ariff Bahran
Watak Pelakon
Ahmad Ezzrin Loy sebagai Aiman
Kucaimarz sebagai Haqiem
Ariff Bahran sebagai Rizal
Didi Astillah sebagai Nina
Qistina Khaled sebagai Rita
Bella Dowanna sebagai Qaseh
Hasnul Rahmat sebagai Razman
Cat Farish sebagai AR Bustam
Mimi Ernida sebagai Amanda
Putri Jannah sebagai Amy
Harissa Adlynn sebagai Anis
Elya Miera sebagai Salwa
Mahat Selamat sebagai Uncle Razak
Nur Hisyam Abu Bakar sebagai Harun
Azlina Md Noor sebagai Raihan
Nor Intan Suria Mat Isa sebagai Sherry
Sinopsis Tiga sahabat, Aiman, Rizal dan Haqiem yang berasal dari kampung yang sama ingin berjuang bagi menggapai mimpi dalam industri muz...
Sinopsis
Demi membayar hutang, Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya. Namun, kerana asyik dikejar ahlong, dia nekad melarikan diri ke Kampung Ramadan dan bertemu dengan Imam Asyraf, seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu. Imam Asyraf telah dilantik oleh Tok Jamlus untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini. Kehadiran Effa ke kampung itu membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu.
Imam Instant Ustazah Scammer
Episod: 9
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2023
Waktu Siaran: Ahad, 9:00 malam
Rangkaian: Asto Ria / Astro Go
Cerita Asal: Amar Amir
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Mira Filzah, Hun Haqeem, Mierul Aiman, Rozita Che Wan, Dato Jalaludin Hassan, Azza Elite
Sinopsis Demi membayar hutang, Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya. Namun, kerana asyik dikejar ah...
Sinopsis
Mengisahkan tentang percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa Adellea berdasarkan jurang harta dan kekayaan.
Demi cintanya, Adellea sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya dan mengkhianati pilihan keluarganya untuk melayari bahtera perkahwinan dengan jejaka miskin yang tidak mempunyai status sosial yang tinggi.
Segalanya mula berubah apabila bapanya, Tuan Aziz jatuh sakit dan memerlukan perhatian. Nekad untuk menebus kesalahannya, Adellea kembali ke pangkuan keluarga bersama suaminya.
Namun kepulangan Adellea mengundang seribu satu dugaan termasuk kancah pendustaan yang terjadi di antara suaminya dengan sahabat baiknya, Eyra yang menyimpan perasaan cinta terhadap Zayn selama ini.
Situasi menjadi lebih tegang dengan kehadiran Daniel yang ingin membalas dendam atas perbuatan Adellea terhadapnya.
Dengan pelbagai dugaan mendatang, mampukah Adellea mengharungi segalanya dan menyelamat perkahwinan yang telah menjadi nadi hidupnya buat sekian lama?
Isteri Halal
Episod: 60
Tarikh Tayangan: 27 Februari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petan
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Penulis Skrip: Suzanna Zaily Zin, Shaza Talib, Pahzai Al-Khaired
Pengarah: Uchee Fukada
Produksi: Radius One Sdn Bhd
Watak Pelakon
Isyariana Che Azmi sebagai Adellia
Aidit Noh sebagai Zayn
Uqasha Senrose sebagai Eyra
Nazim Othman sebagai Daniel
Sharmaine Farouk sebagai Suraya
Sahronizam Noor sebagai Aziz
Qazem Nor sebagai Arif
Shahidan Izwan sebagai Aqil
Nazzaty Rusli sebagai Juliza
Aishah Atan sebagai Mak Pah
Isaac Iman sebagai Adrian
Zarif Ghaz sebagai Zahir
Elly Suhaili sebagai Fauziah
Rasya Dean sebagai Thalia
Amylea sebagai Noor
Amirul Asyhwad sebagai Nabil
Faizul Syaharin sebagai Ridwan
Sinopsis Mengisahkan tentang percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa Adellea berdasarkan jurang harta dan kekayaan. ...
Sinopsis
Seorang gadis yang skeptikal tentang sejarah legenda Mahsuri. Dia telah 'dihantar' mindanya kembali ke tahun 1700-an sebagai Dinasari, gadis yang sedang dipersiapkan untuk diserahkan kepada Raja Siam sebagai isteri ke-11.
Dinasari
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 20 Februari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Selasa 8.00 malam
Rangkaian: TV2 RTM
Penulis Skrip: Haswida Abu Bakar
Pengarah: Hasnul Hadi
Produksi: Sixbase Resources Sdn Bhd
Pelakon: Zera Haris, Muaz Fitri, Hanna Aqeela, Azman Jantan, Dilla Ahmad, Syean Mokhtar, Han Budak Cina, Lenny Jemat, Tengku Tieya
Watak Pelakon
Zera Hariz sebagai Tian / Dinasari
Muaz Fitri sebagai Ryan / Wan Rajuna
Sinopsis Seorang gadis yang skeptikal tentang sejarah legenda Mahsuri. Dia telah 'dihantar' mindanya kembali ke tahun 1700-an seba...
Sinopsis
Mewarisi kerja bapanya di stesen minyak Pak Abu, Amir merasakan kerjanya sangat mencabar kerana banyak kerja harus dilakukan sendiri termasuk membersih dan melayan kerenah pelanggan. Ia juga seolah mengimbau kenangan bersama arwah bapanya. Memandangkan Amir suah tiada ibu bapa, Pak Abu telah menjaga Amir seperti anakya sendiri hingga dia mewariskan perniagaan stesen minyak kepada Amir.
Budak Pam Minyak
Waktu Siaran: Sabtu, 4 Mac 2023, 10:00 malam
Rangkaian: TV1 slot Panggung RTM
Penulis Skrip: Puovin & Tommy Loh
Pengarah: Adon Gadok
Produksi: Allout Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Rahhim Omar, Syed Irfan, Fazlina Ahmad Daud, Irfan Danial, Ummi Umairah, Wan Sharmila
Sinopsis Mewarisi kerja bapanya di stesen minyak Pak Abu, Amir merasakan kerjanya sangat mencabar kerana banyak kerja harus dilakukan sen...
Sinopsis
Larasati Aisya seorang gadis yang berjiwa besar, hidup dalam penuh kemewahan tetapi penuh pancaroba. Lara terpaksa berhenti daripada pelajaran kerana perlu menguruskan perniagaan arwah bapanya. Ibunya, Datin Fariza telah berkahwin dengan sahabat rapat bapanya membuatkan Lara berjauh hati dan renggang dengan ibunya. Mempunyai teman lelaki bernama Zafir seorang yang penyayang serta sangat memahami diri Lara.
Lara mempunyai seorang abang iaitu Luqman Aliff (Luke). Perkahwinan Lukman Alif dengan Sabrina mencetuskan konflik antara Lara dan kakak iparnya itu yang digambarkan sebagai seorang yang materialistik serta curang. Lara amat tidak sebulu dengan beliau apatah lagi selepas Sabrina sama-sama bekerja di syarikat Lara. Sabrina mempunyai hubungan intim dengan Zakuan.
Peristiwa Lara diperkosa oleh Zakuan telah membawa kepada pernikahan Lara dan Zafir. Ketika mengandung muncul pula kekasih lama Zafir, Tengku Farah yang membawa kepada pernikahan mereka berdua. Kemuncak cerita Zafir terpaksa berpisah dengan Lara atas desakan Farah.
Bukan Puteri Lindungan Bulan
Episod: 40
Tarikh Tayangan: Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Nasz Sally, Danish Iskandar
Watak Pelakon
Janna Nick sebagai Lara
Hisyam Hamid sebagai Zafir
Amar Baharin sebagai Zakuan
Niena Baharun sebagai Farah
Afifah Nasir sebagai Sabrina
Shah Iskandar sebagai Lukman
Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza
Sinopsis Larasati Aisya seorang gadis yang berjiwa besar, hidup dalam penuh kemewahan tetapi penuh pancaroba. Lara terpaksa berhenti darip...
Sinopsis
Kemalangan yang tak diundang telah mengubah hidup Nadia apabila ianya meragut nyawa anak yang masih dalam kandungannya. Tragedi itu telah mengakibatkan Nadia menghidap Postpartum Psikosis.
Nadia dan adiknya, Alisa tinggal bersama suami Nadia, Syakir. Nadia sering berjumpa dengan doktor psikiatri untuk mendapatkan rawatan terapi dan Syakir juga sentiasa mengambil berat akan kesihatan isterinya. Namun, kesihatan dan emosi Nadia sering terganggu akibat bekas isteri Syakir, Marina yang sering mengganggu ketenteraman rumah tangga mereka.
Marina sering memaksa Syakir memberi nafkah yang lebih dari dijanjikan untuk anak mereka, Haziq yang berusia enam tahun. Meskipun Syakir tidak pernah terlepas untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, sikap Marina yang boros membuatkan Syakir sering bertengkar dengan bekas isterinya itu.
Selepas 20 tahun terpisah, Imran, abang kandung kepada Syakir kembali semula di dalam hidup Syakir dan Nadia. Kehadiran Imran diikuti oleh pelbagai perkara aneh. Rahsia yang disimpan rapi oleh Syakir mula dibongkar dan penyakit Nadia kembali parah. Dapatkah Nadia mengatasi penyakitnya itu? Berjayakah Nadia dan Syakir mengharungi segala rintangan yang berlaku terhadap keluarganya? Dan siapakah Imran sebenarnya?
Serpihan Sayang
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI / tonton
Penulis Skrip: Amor Rizan & Saiqa Auriza
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Padi Pictures Sdn Bhd
Lagu OST: Penipu - Shazz
Watak Pelakon
Fasha Sandha sebagai Nadia
Aeril Zafrel sebagai Imran
Shahz Jaszle sebagai Syakir
Elisya Sandha sebagai Alisa
Zarina Zainoordin sebagai Marina
Zizan Nin sebagai Razak
Tallisya sebagai Nina
Nick Syaf sebagai Mario
Amirul Asyhwad sebagai Asyraf
Ameerul Asyraf sebagai Malik
Nazzaty Rusli sebagai Farah
Syel Ramlan sebagai Mak Imran
Auni Zahra sebagai Yaya
Adam Darwisyh sebagai Abang
Syed Muhammad Irfan sebagai Adik
Adam Darwisyah sebagai Haziq
Sinopsis Kemalangan yang tak diundang telah mengubah hidup Nadia apabila ianya meragut nyawa anak yang masih dalam kandungannya. Tragedi ...
Sinopsis
Kisah Sofia dipenjara 15 tahun atas tuduhan membunuh Samad. Sepanjang Sofia dipenjara, suaminya Taufik mengalami kemurungan. Taufik dan anak-anaknya, Danial dan Diana di jaga oleh mentuanya Puan Kalsum. Puan Kalsum tidak suka Sofia kerana tidak sedarjat dengannya. Selepas keluar penjara, Sofia mencari suami dan anak-anaknya tetapi tidak berjaya. Berjayakah Sofia mencari suami dan anak-anaknya?
Akad Ibu Sejadah Rindu
Waktu Siaran: Sabtu, 18 Februari 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 slot Panggung RTM
Idea Asal: MAS2020
Penulis Skrip: Siti Jasmin Ibrahim
Pengarah: Rosliana Roslie
Produksi: G69 4U Sdn Bhd
Pelakon: Amelina Sharipuddin, Che Kem, Ku Faridah, Mimi Ernida, Sahee Shamsuddin, Zarina Zainuddin, Azzahra Ahmad, Fauzuly D’Boy
Sinopsis Kisah Sofia dipenjara 15 tahun atas tuduhan membunuh Samad. Sepanjang Sofia dipenjara, suaminya Taufik mengalami kemurungan. Tauf...
Sinopsis
Percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan selepas kalah dalam pertaruhan. Memaksa mereka bermalam di sebuah pulau terpencil. Ketika mereka terjumpa sebuah perkampungan terbiar yang misteri di sana, mereka secara tidak sengaja mematahkan mantera lama yang diletakkan untuk menahan semangat jahat yang terperangkap di pulau itu. Seorang demi seorang menderita akibat yang mencengkam dan mengerikan dari kesilapan mereka, menimbulkan kemarahan makhluk jahat yang memerlukan darah manusia untuk terus hidup. Satu-satunya jalan keluar berada di tangan seorang gadis yang perlu menggunakan kuasa ghaibnya untuk menguraikan sejarah yang meresahkan yang berkaitan dengan kisah cinta berbeza budaya.
Pulau
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 9 Mac 2023
Pengarah: Euho
Produksi: My Way Pictures, Filmforce Studio
Pelakon: Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Joey Leong, Sanjna Suri, Vikar, Jazmy Juma, Evie Feroza, Sabronzo, Mark O’Dea, Harris Annuar, Cedric Loo, Eddie Chong, Alexander Henderson, Ms.PuiYi , Namron, Wan Hanafi Su
Sinopsis Percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan selepas kalah dalam pertaruhan. Memaksa mere...
Sinopsis
Cik Kiah menerima 10 tiket percuma untuk menghadiri pertandingan berprestij berkenaan lalu menganjurkan rombongan bersama penduduk kampungya.
Dibantu oleh anak lelaki Cik Kiah, Ali dan tunangnya, Mira, Cik Kiah perlu menguruskan sekumpulan orang kampung yang pelik dan sukar dikawal ketika mereka mengharungi pelbagai cabaran untuk ke lokasi AJL.
Rombongan Cik Kiah Ke AJL
Tarikh Tayangan: Februari 2023
Pengarah: Yeop Hitler & Hashim Rejab
Pelakon
Delimawati sebagai Cik Kiah
Nabila Razali sebagai Mira
Naim Daniel sebagai Udin
Ucop sebagai Ali
Rozie Othman sebagai Cik Embun
Natasya Mahyan sebagai Pipah
Dato' Ahmad Tamimi Siregar sebagai Tok Ketua
Kazar Saisi sebagai Jamal
Cik Milah Propa sebagai Kiah Propa
Sinopsis Cik Kiah menerima 10 tiket percuma untuk menghadiri pertandingan berprestij berkenaan lalu menganjurkan rombongan bersama pendud...
Sinopsis Raisya Hanna, seorang gadis yang dimangsai oleh fitnah manusia lantaran sifat cemburu dan iri hati. Angkara kejadian tersebut te...
Sinopsis
Kisah tentang Ammara yang diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga dan kemudian kemunculan Rizki yang pada mulanya berniat untuk menjadi cina buta atas rancangan bekas suami Ammara. Namun rancangan hanya tinggal rancangan bila terbongkarnya kisah sebenar di sebalik penceraian dan kematian kembar Ammara.
Setelah tiga tahun meninggalkan Ammara, rasa hati Rizki terhadap Ammara semakin kuat dan dari situ Rizki tekad untuk memperisterikannya. Kebahagiaan perkahwinan mereka mula tercalar bila Afiq iaitu bekas suami Ammara membuat onar dan fitnah.
Cinta Ke Dua
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Slot Akasia TV3
Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani, Ramlah Rashid, Eja Lorena
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd
Pelakon: Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi, Syarul Ezani, Syazuwan Hassan, Aleza Shadan , Noniswara, Khalida Balqis, Hanna Halim, Amir Mirza, Marc Syahmie, Khayrisyah Kemal, Nik Ramly Rejab
Watak Pelakon
Raden Zaharatul sebagai Bella Ammara
Hafidz Roshdi sebagai Daniel Rizki
Syarul Ezani sebagai Afiq Adam
Syazuwan Hassan sebagai Kamal
Aleza Shadan sebagai Puan Hana
Noniswara sebagai Puan Sri Nia
Hanna Halim sebagai Sofea
Amir Mirza sebagai Hanas
Marc Syahmie sebagai Mika
Kael sebagai Budi
Sinopsis Kisah tentang Ammara yang diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga dan kemudian kemunculan Rizki yang pada mulanya berniat untu...
Sinopsis
Faiz abang Lisa tidak dapat menerima kematian adiknya dan bertekad untuk membalas dendam keatas Haziq. Faiz berpura-pura berkawan baik dengan Haziq . Haziq mempunyai seorang adik bernama Nadia yang baru habis belajar. Faiz telah jatuh hati dan mula memikat Nadia. Faiz mengambil keputusan untuk berkahwin. Faiz mula berubah dan tidak melayan Nadia dengan baik. Faiz buntu kerana dia amat sayangkan Nadia tetapi kematian adiknya belum terbela. Nadia telah jatuh dari tangga dan cedera teruk di kepala. Selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di otak, Nadia hilang ingatan. Faiz runsing memikirkan keadaan isterinya Nadia kerana dia amat menyayanginya.
Dendam Tapi Cinta
Waktu Siaran: Selasa, 7 Februari 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 RTM
Penulis Skrip: Yati Chung
Pengarah: Ahmad Hashim
Produksi: Paperscreen Pictures Sdn Bhdd
Pelakon: Ungku Ismail, Azar Azmi, Tash Yong, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida
Sinopsis Faiz abang Lisa tidak dapat menerima kematian adiknya dan bertekad untuk membalas dendam keatas Haziq. Faiz berpura-pura berkawa...
Sinopsis
Kisah penduduk kampung Morten dan Kampung Hailam yang tidak mempunyai persefahaman walaupun tinggal bersebelahan. Dhiya dan Adi adalah remaja dari Kampung Morten. Mereka telah ke KampungHailam untuk melihat kawasan kejadian kes lemas. Mereka berdua berkenalan dengan Lim. Sejak itu mereka bersahabat baik. Lim juga sering ke Kampung Morten untuk berjumpa dengan Dhiya dan Adi. Pak Jasmi, penduduk Kampung Morten tidak suka melihat keakraban Lim, Dhiya dan Adi. Apabila berlaku kes kecurian di kedua-dua kampung. Pak Jasmi mula menuduh pendudukKampug Hailam yang melakukannya. Hal itu meyebabkan penduduk kedua-dua kampung mula bergaduh.
Morten
Waktu Siaran: Isnin, 6 Februari 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Raiha Bahaudin
Pengarah: Zaili Sulan
Produksi: EF Kencana Sdn Bhd
Pelakon: Danish Hazriq, Wong Wei Tian, Qistina Raisah, Kumaresan, Fazlina Dato Ahmad Daud, Idham Maulana, Lee Yu Kiong
Sinopsis Kisah penduduk kampung Morten dan Kampung Hailam yang tidak mempunyai persefahaman walaupun tinggal bersebelahan. Dhiya dan Adi a...
Sinopsis
Didi, Nana dan Jojo adalah tiga sekawan rapat dari Pekan Horey yang aman damai. Semua penduduk pekan mengenali mereka yang sukar dipisahkan dan sentiasa bersama! Tahun ini, Pak Atan dan orang-orang besar pekan bersetuju melantik mereka bertiga untuk mengendalikan Konsert Hora Horey. Didi sangat teruja dan menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan serius. Semuanya berjalan lancar, hinggalah pada suatu hari Didi melakukan kesilapan besar dan menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang perlu mengembara ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan. Akan tetapi Didi dapat tahu bahawa Pak Atan dan Pak Beruang dalam bahaya kerana ada lanun langit misteri bernama Torra yang sedang menjejaki mereka untuk mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Didi nekad untuk ke Muzika demi memberi amaran kepada mereka. Nana dan Jojo turut serta. Bagaimanakah Didi, Nana dan Jojo akan menemui Pak Atan, Pak Beruang dan Pulau Legenda? Apakah ujian yang bakal menimpa persahabatan mereka? Dan yang paling penting sekali, mampukah mereka menghadapi Torra si lanun bengis itu?
Didi & Friends The Movie
Genre : Flem Musikal, 3D Animasi, Pengembaraan
Tarikh Tayangan di Pawagam : 23 Februari 2023
Pengarah : Akmal Aziz Asmawi,Roshfaizal Ariffin
Skrip : Sumie Azil, Roshfaizal Ariffin, Akmal Aziz
Cerita Asal : Khairul Ammar Jamal
Lakon Layar : Sumie Azil, Roshfaizal Ariffin
Penerbit : Raja Jastina Raja Arshad, Hairul Sofian
Terbitan : Warnakala Studios, Astro Shaw, Digital Durian, MDeC
Pelakon Suara:
Nur Insyeerah sebagai Didi
Adilia Myra sebagai Nana
Adam Muqri sebagai Jojo
Dato’ Awie sebagai Tok Chip
W.A.R.I.S sebagai Torra
Amelia Henderson sebagai Kapten Zee
Ruminah Sidek sebagai Nek Kura
Khairul Ammar Jamal sebagai Pak Atan
Akmal Aziz Asmawi sebagai Pak Beruang
Lagu Tema (Official Soundtrack)
Lagu : Hora Horey
Artis : Nur Insyeerah | AdamMuqri | Adilia Myra | Voice Actors Didi & Friends
Komposer : Yuri Wong / Saiful Ridzuan
Lagu : Luar Biasa
Artis : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini
Lagu : Kembali Bersama
Artis : Modescape
Komposer : Shah Modescape
Sinopsis Didi, Nana dan Jojo adalah tiga sekawan rapat dari Pekan Horey yang aman damai. Semua penduduk pekan mengenali mereka yang sukar...
Sinopsis
Mengisahkan seorang gadis yang telah jatuh cinta dengan seorang badut (clown) yang telah berjaya menyelamatkannya sehingga dia membuat keputusan untuk mencari identiti lelaki yang bersembunyi disebalik topeng itu.
I Love You Mr Clown
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 27 Januari 2023
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Skrip: Ramlah Rashid, Jue Zurhanisza
Pengarah: Amie Maziah
Produksi: Arie Zaharie Production
Watak Pelakon
Nabil Aqil sebagai Faris
Yuna Rahim sebagai Nisa
Safwan Nazri sebagai Adan
Putri Hanan Shahidah sebagai Wani
Ameerul Asyraf sebagai Nazlan
Faizul Syaharin sebagai Khalid
Farisha Irwayu sebagai Rogayah
Alif Hadi sebagai Luqman Hakim
Eizlan Yusof sebagai Musa
Aleza Shadan sebagai Katty
Natasha Elyzza sebagai Zerry
Afifah Nasir sebagai Larisya
Sinopsis Mengisahkan seorang gadis yang telah jatuh cinta dengan seorang badut (clown) yang telah berjaya menyelamatkannya sehingga dia m...
Sinopsis Bukan Lelaki Terhebat
Jaden (Adam Lee) merupakan seorang anak yatim piatu dan bekerja sebagai pengawal peribadi Datuk Samsul Azri. Suatu hari, Jaden telah diserbu oleh Datuk Samsul Azri kerana Jaden didakwa menjalin hubungan dengan perempuan simpanan beliau iaitu Ariana (Anies Hann). Jaden dibelasah teruk sehingga cedera parah lalu dicampak ke kebun getah milik Pak Samad (Omar Abdullah).
Sejak kejadian itu, kehidupan Jaden di kampung telah ditampung oleh Pak Samad dan Seri Dhia (Sweet Qismina) termasuk makan minumnya. Jaden akhirnya jatuh cinta dengan Seri Dhia. Pertunangan Seri Dhia dan Dr. Iqram terbatal apabila Puan Zalina, ibu kepada Dr. Iqram telah menuduh Seri Dhia ada hubungan cinta dengan Jaden. Seri Dhia kesal dengan perbuatan Dr. Iqram yang menelan pertuduhan itu bulat-bulat.
Setelah empat bulan Jaden dan Seri Dhia berkenalan, mereka meluahkan perasaan cinta mereka terhadap satu sama lain dengan hati yang terbuka. Dalam kemanisan pasti ada terselit kepahitan, keadaan menjadi semakin rumit apabila fitnah antara Seri Dhia dan Jaden tersebar seluruh kampung walaupun Jaden telah berpindah di Homestay Pak Samad. Dapatkah Jaden dan Seri Dhia pertahankan cinta mereka saat diuji? Berjayakan Jaden menjadi lelaki terhebat buat Seri Dhia?
Bukan Lelaki Terhebat
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI / tonton
Penulis Skrip: Zarihah Hassan
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd
Lagu OST: Lafaz - Syafeek Ikhwan
Watak Pelakon
Adam Lee sebagai Jaden Haqeef
Sweet Qismina sebagai Sri Dhia
Halim Radzi sebagai Doktor Iqram
Anies Hann sebagai Ariana
Ameerul Asyraf sebagai Andi
Omar Abdullah sebagai Pak Samad
Zarina Zainuddin sebagai Puan Zalina
Mohd Nor Bond sebagai Encik Malik
Sham Visa sebagai Dato Shamsul Azri
Arash Mohd sebagai Tuan Amirul
Hasnul Rahmat sebagai Haris
Harissa Adlynn sebagai Jannah
Kuna sebagai Mak Nab
Adam John sebagai Bob
Malieq Abdullah sebagai Adnan
Saiful Wazien sebagai Zafri
Nizam Kama sebagai Salleh
Rashidah Jaafar sebagai Mak Bedah
Zalfa Zin sebagai Sabrina
Puteri Balqis sebagai Zalikha
Kak Girl sebagai Kak Lina
Neera Azizi sebagai Ratna
Rosli Rahman Adam sebagai Abang Jep
Erryn Abdullah sebagai Mariana
Tengku Nurul Fatihah sebagai Nora
Chaoi Izghan sebagai Khalid
Sinopsis Bukan Lelaki Terhebat Jaden (Adam Lee) merupakan seorang anak yatim piatu dan bekerja sebagai pengawal peribadi Datuk Samsul Azri...
Sinopsis
Seri seorang sukarelawan sebuah NGO, tiba di Kedah dalam misi untuk melakukan kerja amal di sebuah sekolah pedalaman di Baling.
Diari Seri
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 23 Januari 2023
Waktu Siaran: Isnin & Selasa, 8:00 malam
Rangkaian: TV2 RTM
Penulis Skrip: M. Hafiez Othman & Sullia Othman
Pengarah: M. Hafiez Othman
Produksi: Serindit Produksi Sdn Bhd
Watak Pelakon
Adibah Yunus sebagai Seri
Reza Hasbi sebagai Jiman
Yaakob Abd Aziz sebagai Labit / Lamin
Wan Maimunah sebagai Tok Munir
Din Tamam sebagai Guruh
Sye Muhammad Baqir sebagai Titik
Bil Azali sebagai Rosdi
Azzahra Ahmad sebagai Cikgu Haslina
Amai Kamarudin sebagai Sanie
Dato Rahim Razali
Liza Zahidin
Sinopsis Seri seorang sukarelawan sebuah NGO, tiba di Kedah dalam misi untuk melakukan kerja amal di sebuah sekolah pedalaman di Baling. ...
Sinopsis
Cinta Dahlia dikhianati bila Azmir meninggalkannya untuk tinggal bersama isteri barunya, Kyra. Anak Dahlia yang baru lahir turut diambil sebagai pengganti kepada arwah anak Kyra menyebabkan Dahlia kesedihan. Dahlia merancang untuk membalas dendam dan musnahkan kebahagiaan Azmir.
Derhaka Sebuah Cinta
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 6 Februari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO / Sooka
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Watak Pelakon
Aaron Aziz sebagai Azmir
Zara Zya sebagai Dahlia
Intan Ladyana sebagai Kyra
Nazrief Nazri sebagai Naufal
Sabhi Saddi sebagai Doktor Izzudin
Nada Nursyuhada sebagai Junita
Sahronizam Noor sebagai Dato Norman
Farisha Irwayu sebagai Datin Karmila
Zulkifli Ismail sebagai Haji Tahir
Alessya sebagai Qaliha
Sinopsis Cinta Dahlia dikhianati bila Azmir meninggalkannya untuk tinggal bersama isteri barunya, Kyra. Anak Dahlia yang baru lahir turut ...



















